Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 
Selepas

Sejarah Kemasukan Islam Di Kedah Dan Perkembangannya

oleh: Tuan Haji Ismail Salleh


Perhubungan Arab Dengan Kedah Sebelum Islam

Berkurun-kurun sebelum Semenanjung Malaysia diketahui oleh Barat, perniagaan antara Arab dan China sudah pun berjalan dengan laris. Hubungan perniagaan ini berlangsung melalui jalan darat yang dikenali sebagai "Jalan Sutera" dan melalui jalan laut yang dikenali sebagai "Jalan Rempah".

Jalan Laut bermula dari Adan atau Hadramaut menuju Gujerat dan Cambay di India terus ke Sri Lanka dan dari situ belayar menyeberangi Teluk Benggala ke Kepulauan Melayu, atau menyusuri Pantai Koromandel ke Tamluk di Muara Sungai Gangga sebelum menuju ke Pulau Andaman dan terus ke Kedah di Kepulauan Melayu.

Jalan perdagangan darat dimulai dari Damsyik ke Bukhara, Samarkhand, Kashgar dan Khotan. Kemudian menyeberangi Padang Pasir Gobi ke Hansyhu dan terus ke Peking. Di Bukhara terdapat persimpangan menuju ke Balkh, Kabul dan ke Benggala terus ke Arakan, Kemboja, Angkor dan Champa. Dari sini pengembara boleh memasuki Nusantara atau ke Negara China.

Orang-orang Arab yang datang ke Nusantara kebanyakannya dari selatan Tanah Arab di persisiran Laut Qazlum dan Laut Arab. Mereka berniaga kerana bumi mereka tandus untuk pertanian. Mereka membuat perhubungan dengan Damsyik (Syam) dan dengan bandar-bandar lain di sekitar laut di sekitar Laut Mediterranean atas urusan perniagaan. Dalam berulang alik dari Adan ke Damsyik itu mereka singgah di Makkah dan Jurusalem. Sebenarnya orang-orang Arablah yang menguasai dua-dua jalan perdagangan, darat dan laut untuk ke Kepulauan Melayu dan Negara China.









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!