|
Pendahuluan

Setem yang diterbitkan pada zaman pendudukan Thai di Kedah (1943-1945).
|
Sejarah administrasi Thai di Kedah bermula dari Ogos 1943 hingga
September 1945. Pentadbiran yang mengambil masa selama 25 bulan
ini merupakan satu jangkamasa yang pendek. Pihak pentadbiran Thai
sejak memegang kuasa di Kedah cuba mewujudkan suasana sebelum perang.
Pentadbiran dijalankan secara British. Pegawai-pegawai yang ada
meneruskan kerja-kerja mereka, semua jentera pentadbiran dihidupkan
semula .
Kerajaan Thai lebih merupakan 'caretaker' sahaja. Tidak
terdapat pembaharuan yang diusahakan. Tetapi dalam soal menyediakan
makanan dan pakaian kepada rakyat pemerintah Thai lebih berjaya.
Bahan makanan seperti beras dan gula dibawa dari Thailand. Oleh
kerana bahan makanan senang didapati di Kedah, ramai penduduk dari
negeri-negeri lain datang untuk mendapatkan makanan. Ramai di antara
mereka datang dari Pulau Pinang, Perak dan dari selatan tanahair
terus menetap di Kedah.

Gambar yang dirakamkan pada tahun 1906 di hadapan Balai Besar
sempena perkahwinan Tunku Mahmud - bersama pembesar negeri Kedah
dan jemputan dari Thai.
|
Pemerintah Thai tidak menjalankan apa-apa rancangan kemajuan di
Kedah. Ini mungkin disebabkan jangkamasa 25 bulan itu terlalu pendek
untuk mereka memulakan sesuatu rancangan. Kewangan tidak menjadi
masalah di kala itu. Pejabat Kewangan Negeri Kedah mendapat lebihan
belanjawan hasil dari kutipan cukai.
Mungkinkah pemerintahan Thai telah menyedari tentang kedudukan
mereka di Kedah hanya sementara? Hal ini berkemungkinan kerana mereka
dapat mengikuti kemenangan awal pihak berikat di Pasifik melalui
siaran radio All-India. Pihak Thai telah mengagakkan kedudukan mereka
tidak akan berpanjangan di Kedah. Berdasar pada hal ini mereka tidak
begitu berminat untuk menjalankan rancangan kemajuan.
Pegawai-pegawai Thai yang dihantar ke Kedah tidak ramai yang berkelayakan
dalam bidang pentadbiran. Setengahnya mengambil kesempatan dengan
kedudukkan mereka itu bagi mendapatkan keuntungan diri sendiri.
Walaupun pemerintah Thai tidak membawa apa-apa kemajuan di Kedah
tetapi boleh dikatakan keseluruhan rakyat bersyukur dengan kedatangan
mereka. Kedatangan Thai telah membebaskan mereka dari ketakutan
lantaran pemerintahan tentera Jepun, suatu keadaan yang penuh prasangka
dan was-was mungkinkah esok mereka akan diseret dan dihukum tanpa
melakukan apa-apa kesalahan.
Kekalahan Pihak Berikat dalam Perang Dunia 11 telah dengan sendirinya
menamatkan administrasi Thai di Kedah. Apabila Inggeris datang,
mereka memulakan pemerintahan corak tentera iaitu B.M.A. (British
Military Administration). Pentadbiran corak tentera ini tidak
lama, setelah keadaan kembali aman pentadbiran awam British dimulakan
kembali di Kedah.
|