Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 

Selepas
Sejarah Ringkas : Pasukan Sukarelawan Negeri Kedah

Pengenalan


Pasukan Volunteer Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim di bawah arahan Major J. Pearce, guru di maktab itu sekitar 1931 / 1932.

Kedah Volunteer Force (KVF) merupakan sebuah pasukan keselamatan yang mana anggotanya tidak bekerja sepenuh masa. Ia hanya akan dipanggil untuk bertugas jika keadaan memerlukan khidmatnya.

Penubuhan KVF ini adalah ekoran daripada minat kerajaan British untuk menubuhkan pasukan-pasukan sukarela di beberapa buah negeri di Tanah Melayu pada tahun 1900-an hingga 1930-an. Permintaan daripada kerajaan Negeri Kedah telah memperkuatkan lagi hasrat British untuk menubuhkan pasukan sukarela ini.

Dalam tahun 1930, kerajaan Negeri Kedah telah memohon kepada pihak British supaya menubuhkan pasukan sukarela di negeri Kedah kerana kebanyakan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu yang lain sudah mempunyai pasukan sukarelanya sendiri sejak beberapa tahun yang lalu.

Kerajaan Negeri Kedah telah melihat bahawa terdapat kebaikan dari segi langkah keselamatan di sebalik penubuhan pasukan sukarela ini. Pada tahun 1932/33 satu peruntukan undang-undang telah diadakan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah untuk membolehkan penubuhan pasukan KVF.

Pada peringkat awal penubuhan, KVF kurang berperanan dan lambat berkembang kerana pada ketika itu pihak kerajaan masih menghadapi masalah kewangan akibat daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kepentingannya hanya dapat dilihat pada akhir tahun 1930-an dan di awal 1940-an ketika hampir meletusnya Peperangan Dunia II di Tanah Melayu dengan tentera Jepun. Pada ketika inilah pasukan KVF mula berkembang dengan lebih meluas apabila pengambilan anggotanya semakin meningkat. Mereka juga telah diperlengkapkan dengan latihan-latihan intensif dan kelengkapan perang.









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!