Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 
Selepas

Sistem dan Kuasa Pentadbiran Dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah

oleh: Md Nor Bin Hashim

Sejak ditubuhkan, Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah (PTNK) sering mengalami perubahan dalam struktur pentadbirannya. Perubahan ini kadang-kadang kecil dan kadang-kadang besar. Rombakan ke atas struktur PTNK yang paling besar sekali berlaku semasa pendudukan Jepun. Pemerintah tentera Jepun telah merombaknya terus dan sebagai ganti, satu sistem pentadbiran baru dibentuk .

Kecuali perubahan pentadbiran semasa pendudukan Jepun, semua perubahan susunan dalam PTNK adalah bertujuan memperkemas birokrasi tersebut supaya Negeri Kedah mendapat faedah maksima daripadanya. Satu trend dari perubahan-perubahan tersebut ialah PTNK beransur-ansur menjadi sebuah badan yang benar-benar bersifat "pentadbiran". Bidang-bidang kegiatan lain seperti Professional, teknikal dan perkeranian yang sebelum ini turut dikendali oleh PTNK beransur-ansur dikeluarkan.

Dalam menjalankan tugasnya -- menteri negeri -- pegawai-pegawai PTNK dipecahkan ke dalam jabatan-jabatan / pejabat-pejabat / badan-badan kerajaan yang penting. Sebelum Merdeka PTNK memecahkan pegawai-pegawainya ke dalam empat kumpulan utama. Kumpulan pertama mentadbir urusan tanah (Pejabat Tanah); kumpulan kedua mengurus pentadbiran daerah (Pejabat Daerah); kumpulan ketiga mentadbir urusan kewangan (Pejabat Perbendaharaan) dan kumpulan keempat mentadbir pejabat-pejabat atau badan-badan kerajaan negeri yang lain yang dianggap penting. Di samping itu terdapat satu kumpulan lagi PTNK yang diletak di sekretariat (Pejabat Setiausaha Kerajaan) yang fungsinya mengendali semua pentadbir-pentadbir dalam empat kumpulan utama di atas supaya menjalankan tugas masing-masing dengan teratur.

Jika dibahagikan kesemua pegawai-pegawai PTNK, menjelang Merdeka dari 49 orang, 16 terlibat dalam pentadbiran tanah, 12 pentadbiran daerah, 8 pentadbiran bersama tanah --di daerah, 3 kewangan, 4 sekretariat dan selebihnya (10 orang) di badan-badan kerajaan yang lain.









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!