Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 
Selepas

Wayang Kulit Seri Asun

Pengenalan


Alat-alat muzik yang digunakan dalam Perkumpulan Wayang Kulit Seri Asun.


Watak gambar Wayang Kulit yang telah dimodenkan - Heroin, Hero, Koboi.

Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari berbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan dan juga alat tiupan.

Pengertian istilah Wayang dalam Bahasa Melayu ialah bayang-bayang yang bergerak ke sana ke mari. Dalang membawa erti orang yang melakukan persembahan wayang. Panggung pula membawa pengertian tempat berbumbung yang disekelingnya tertutup dan digunakan untuk pertunjukan wayang.

Di awal abad ke-9, wayang kulit Melayu yang berasaskan cerita Ramayana kerap dimainkan di Patani, Kelantan, Kedah dan Perak. Dalang wayang kulit dari utara semenanjung mengembara dan mengadakan persembahan di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan di kawasan-kawasan pantai timur negeri Johor.

Selain menjadi satu hiburan, wayang kulit juga berfungsi untuk menyalurkan nasihat melalui cerita dan lakonan yang dipersembahkan. Banyak pengajaran dan teladan dapat disampaikan kepada masyarakat. Persembahan wayang kulit Melayu telah lama bertapak dalam masyarakat Melayu sehinggakan ia telah menjadi warisan budaya bangsa.

Sejarah Penubuhan

Perkumpulan wayang kulit Seri Asun telah ditubuhkan pada tahun 1966. Pengasasnya ialah En. Mohd. Noh b. Hj. Mahmud. Beliau bukan sahaja bertindak sebagai pemimpin tetapi juga sebagai dalang kepada kumpulan tersebut. Pada peringkat awalnya, kumpulan ini mempunyai 12 orang ahli termasuk Encik Mohd. Noh sendiri dan dua orang anaknya iaitu Encik Abdul Majid b. Mohd Noh dan Encik Mihad b. Mohd Noh.

Nama kumpulan Seri Asun ini adalah diilhamkan oleh Allahyarham Encik Johari b. Salleh iaitu bapa kepada Yang Berhormat Dato' Zainal Abidin Johari, Dewan Undangan Negeri Kedah, kawasan Sik pada ketika itu.

Nama Wayang Kulit Seri Asun diambil sempena nama sebuah pekan iaitu Asun yang terletak berdekatan dengan Kampung Kunluang.

Kumpulan Wayang Kulit Seri Asun ini kadang-kadang disebut juga Wayang Kulit Gedek. Menurut pengasasnya Pak Noh, 'Gedek' itu ialah sejenis wayang kulit yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan sewaktu berlangsungnya Bengkel Wayang Kulit di Port Dickson pada tahun 1979.

Apa yang difahamkan dengan perkataan 'gedek' ialah pergerakan patung-patung wayang kulit itu sendiri yang terlompat-lompat atau tergedik-gedik mengikut bahasa Melayu Kedah apabila ianya digerakkan atau dimainkan di kelir atau layar.

Perbezaan di antara wayang kulit gedek dengan wayang kulit di Kelantan atau wayang kulit Jawa adalah dari segi bahasa yang digunakan, bentuk-bentuk patung, nama-nama patung dan juga bentuk cerita yang disampaikan. Dari segi bahasa, wayang kulit gedek menggunakan bahasa Melayu Kedah loghat Siam.

Bentuk patung wayang kulit gedek di Kedah telah dimodenkan dan disesuaikan dengan suasana tempat dan masyarakat. Namun begitu nama-nama patung terutamanya patung lawak bagi Wayang Kulit Gedek Seri Asun dikekalkan dengan nama Siam.

Setelah Pak Noh meninggal dunia, tempatnya diambil alih oleh anaknya iaitu En. Abdul Majid b. Mohd. Noh atau lebih dikenali sebagai Pak Majid.









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!