Anda di sini:
 
Sebelum Selepas

sambungan
Adat Persawahan Di Negeri Kedah

 
 

DONG

Alat ini digunakan semasa kerja-kerja menghirik (mengirik) dijalankan bertujuan untuk meleraikan buah padi dari tangkai.

  1. Memukul (Membanting) Padi

    Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi dari tangkainya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang dilengkapi dengan sehelai layar yang dibuat dari tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang dikenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).

TONG PADI DAN LAYAR

Tong padi dan layar digunakan untuk memukul padi.

 

KEDAP PADI

Gambar ini menunjukkan kedap-kedap padi diikat sebelum dipukul ke dalam tong.

 
MEMUKUL PADI

Kerja-kerja memukul padi sedang dijalankan.

  1. Mengangkut Padi

    Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan menggunakan "anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini menggunakan tenaga kerbau untuk menariknya.

ANOR (ANOK) DAN KERETA KERBAU

Merupakan alat pengangkutan padi yang digunakan dengan bantuan tenaga kerbau bagi membawa hasil padi ke rumah.

  1. Menghuroi (Menguroi)

    Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung) pada tiga batang buluh sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan buah padi dari daun-daun padi kering (kambu) dan hampa bagi mendapatkan buah padi yang bersih. Proses ini dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan angin. Buah padi yang telah siap di huroi akan dijemur sehingga betul-betul kering supaya tidak rosak semasa di simpan.

MENGHUROI PADI

Kerja-kerja menghuroi padi sedang dijalankan.

 

NGIRU JARANG

Ia juga merupakan anyaman buluh tetapi jarang dan mempunyai kaki yang bercabang tiga. Ngiru jarang digunakan untuk membersihkan padi.

 
CAKAR BARA

Diperbuat daripada kayu dan ia digunakan untuk mencakar padi di jemuran.

 

MENJEMUR PADI

Padi-padi yang telah dibersihkan (dihuroi) akan dijemur sehingga kering sebelum disimpan di dalam jelapang padi.

MENGANGIN PADI

Menganginkan padi dengan menggunakan Nyiru Kerap bagi mengasingkan padi berisi dengan hampas padi.

 

NYIRU KERAP

Digunakan untuk menampi padi bagi mengeluarkan hampas padi.

KIPAS PENGANGIN DAN PENGUROI PADI

Untuk mengasingkan antara hampas padi dengan padi yang elok untuk dibuat benih.

   

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah