Anda di sini:
 

sambungan
Adat Persawahan Di Negeri Kedah

 
 
  1. Menyimpan Padi
  2. Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau di angkut ke dalam bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan diisi ke dalam kepok (kerubung) yang dibuat dari buluh dan selalunya diletakkan berhampiran dengan bekas padi.

    KEPOK PADI

    Alat ini berbentuk bulat. Diperbuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi).

     

    JELAPANG PADI

    Juga dikenali sebagai rumah menyimpan padi. Ia diperbuat samada daripada kayu atau buluh yang berbentuk segi bujur, berbumbung dan berdinding kayu atau buluh yang dianyam.



  3. Penghasilan Beras

    Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik (lesung kaki), lesung tangan, pengisar dan penampi padi.

    LESUNG HINDIK KAKI DAN LESUNG TANGAN

    Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah padi bagi menghasilkan beras. Beras yang dihasilkan bercampur dengan antah, sekam dan lain-lain.

    Proses menumbuk padi dengan lesung tangan.

    PENAMPI PADI

    Penggunaan alat ini bertujuan untuk memisahkan biji beras dari kulitnya selepas ditumbuk dan dikisar setelah memusingkan kipas di dalamnya. Angin yang dihasilkan melalui kipas tersebut akan menerbangkan kulit biji padi yang lebih ringan dari biji beras. Di sini wujudlah proses pengasingan di mana biji beras akan keluar dari corong pertama (besar) manakala kulitnya keluar melalui corong kedua (kecil).

    LESUNG KISAR

    Untuk mengisar padi. Diperbuat daripada buluh atau kayu. Raga buluh dibuat untuk mengisi tanah busut yang telah dicampur garam dan dihentak dengan kuat untuk menahan mata pengisar. Mata pengisar daripada kayu bakau dibelah nipis lenih kurang 3-4mm. Panjang mata pengisar lebih kurang 4 inci (10cm).



  4. Menampi

    Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras tradisi kemudiannya di tampi dengan menggunakan sejenis alat penapis yang dikenali sebagai "nyiru telor buaya" yang dibuat daripada buluh untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak berak untuk menghasilkan beras bersih.

    MENAMPI

    Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh dipisahkan biji beras dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru atau badang yang dibuat dari buluh dan berbentuk bulat. Melalui kaedah ini, kulit biji padi akan keluar dan yang tinggal di dalam nyiru tersebut ialah beras.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah