Anda di sini:
 

Sebelum Selepas

sambungan
Adat Persawahan Di Negeri Kedah
 
  Umur padi

Rasanya perlu juga diterangkan di sini umur padi itu, iaitu dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.

Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.

Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari. Mengikut jumlah umur daripada kelima-lima. peringkat tersebut, nyatalah pengiraan mereka itu ditujukan kepada padi berat. Tidaklah hairan kerana memang padi beratlah yang umur ditanam mereka.

Mengerat

Apabila padi sudah cukup masak, pada hari yang baik dan saat yang sempuma padi yang menguning kemerah-merahan itu dikerat.
Sebagaimana dalam pekerjaan sawah yang lain-lain juga, mengerat pun ada mulanya. Permulaan itu biasa dipanggil 'mengerat mula' atau 'mula mengerat'. Tiga hari sebelum mula mengerat pesawah berulang tiap-tiap hari ke sawahnya dengan tidak berselang membetulkan pokok padi agar tidak ada yang rebah condong ke arah petak orang lain. Sambil itu dia berkata:

"Ni, bapa (atau ibu) mari nak beritahu, dua (tiga atau esok) hari lagi bapa datang nak ambil bawa balik ke rumah, Janganlah terkejut tergempar apa-apa."

Setelah hari yang hendak dimulakan mengerat permulaan itu tiba pekerjaan mengerat dijalankan. Selain daripada 'hadap' dan 'ketika' sebagaimana yang dilakukan dalam pekerjaan yang lain-lain itu di sini ada pula beberapa petua lain. Untuk menawarkan bisa pisau supaya padi tidak merasa sakit, seringkali digunakan mentera-mentera atau ayat suci al-Quran. Air langit langit (air di pangkal atau di anak lidah) diambil dengan jari, dibaca mentera atau ayat suci al-Quran la..lu dihembuskan ke mata pisau sambil melurutrrya dengan air langit-langit tadi. Di antara ayat-ayat yang pernah digunakan ialah ayat al-Kauthar. Biasanya banyak padi yang dikerat pada masa 'mula mengerat' itu ialah tiga kedap (longgok-longgok padi yang baru dipotong). Tiap-tiap satu kedap pula sebanyak tiga genggam. Kedap-kedap tersebut diletakkan di atas tunggul jerami yang dikerat itu.

Mengambil semangat padi

Padi juga mengikut kepercayaan orang tua-tua mempunyai semangat. Untuk menjaga padi dalam simpanan supaya tidak lari ke tempat lain, supaya tidak susut cepat bahkan supaya tidak mungkin habis dimakan, padi itu haruslah diambil semangatnya. Dalam masa membetul-betulkan pokok-pokok padi sejak tiga. hari sebelum mengerat atau sebelum mengambil semangat padi, hendaklah diperhatikan mana-mana bahagian dalam sawah itu yang paling baik padinya. Tempat-tempat yang padi berbuah elok itu kelihalan tangkai-tangkainya masak ke dalam bersatu. Setelah tempat itu dijumpai, hendaklah batang-batang padi di situ seluas anggaran sepemeluk diikat perdunya dengan benang mentah. Bila tiba harinya, iaitu selepas tiga. malam atau tiga hari pada waktu senja ketika udara tenang tidaa berangin pergilah ke situ dengan diam-diam. Apabila. sampai hendaklah berdiri sambil memandang ke arah rumpun itu dan panggillah:

"Hai, Merang Mesuk Nang Semulai,
Ni, bapa (atau emak) mari nak ambil bawa balik.
"

Lepas itu renungkanlah keadaan padi itu. Kiranya kelihatan tidak bergerak-gerak tangkainya hendaklah dipanggil sekali lagi. Demikianlah seterusnya sehingga kelihatan bergerak-gerak dan melambai-lambai tangkai atau daun-daunnya (alamat ia mengaku rela diambil). Mentera atau ayat-ayat suci al-Quran dibaca. Lepas itu tahanlah nafas lalu mula mengetam dengan renggam (alat mengetam padi) dari sebelah tangkai yang kelihatan mula bergoyang.

Satu diantara. mentera-mentera yang diguriakan orang dalam bahasa Siam, demikian bunyinya:

"Put tang rat tanang tam mang sang kang rat tarrang."

Tentulah ada banyak mentera dalam Bahasa Melayu sendiri kalau diselidiki. Malangnya susah mendapatkan orang mahu memberinya kerana mentera atau jampi itu lebih dirahsiakan itu merupakan ilmu, kata mereka. Mengikut kepercayaan dan harus juga pengecam mereka, dalam senafas itu kalau dapat dikerat sepuluh tangkai beralamat akan mendapat sepuluh kunca (lkunca = 160 gantang) pada tahun itu.

Selesai mengetam senafas, hendaklah dengan segera sembunyikan tangkai-tangkai padi itu ke dalam kain supaya tidak dapat dilihat olch sesiapa pun. Semasa hendak kembali ke rumah tidaklah boleh bercakap apa-apa. Sesampai di rumah terus masuk ke dalam jelapang lalu disimpan padi itu ke dalam bakul yang telah sedia terletak atau tergantung di mana sudut atau bahagian jelapang itu. Di dalam bakul itu telah siap sedia dengan bedak celak, sintuk dan alat-alat persolekan yang lain serta segeluk air. Semasa menyimpan itu hendaklah berkata:

"Ni di sini ada dengan bedak celak, sintuk dan lain-lain. Duduklah baik-baik."

Pada setengah-setengah orang semasa meletak atau meyimpan padi itu ke dalam bakul dibaca mentera-mentera yang tertentu, tidak hanya dengan berkata menggunakan perkataan biasa sahaja. Satu di antara mentera-mentera yang dapat dituliskan di sini dalam bahasa Siam juga ialah
Ma a. ok mani mama,
a ka cai mani mama,"

Semangat padi

Semangat padi itu kononnya perempuan. Mengikut cerita orang tua-tua ia pemah dijumpai orang. Kononnya suatu masa ada dua orang suami isteri. Si suami itu selalu sahaja masuk ke dalam jelapang sehingga kadang-kadang beberapa lamanya baharu keluar. Si isteri tidak mengetahui apa yang dibuat oleh si suaminya di dalam jelapang itu. Dia tidak berani naik ke atas jelapang kerana ditegah oleh suaminya. Tiba-tiba pada suatu hari, entah bagaimana mulanya si isteri itu terdengar suara orang bercakap-cakap di dalam jelapang. Masa itu suaminya berada di dalam. Dia mengendap, dan didapatinya ada seorang perempuan muda. Maka terjadilah satu pergaduhan yang hebat, sehingga semangat itu lari meninggalkan jelapang itu. Dari tarikh itu kononnya kehidupan suami isteri itu tidak lagi senang.
Kononnya semangat padi sudah tidak ada di Kedah ini. Mengikut cerita selanjutnya, semenjak orang memukul padi (tidak lagi mengirik), semangat padi mula lari ke Siam. Ia takut kepada perbuatan memukul itu. Orang-orang Siam berkata mereka lebih menjaga padi daripada orang Melayu. Sebab itulah setengah-setengah orang memberi petua, sekiranya kita tidak mempunyai petua apa-apa hendak mula menabur, menanam atau mengerat sekalipun, memadai dengan menghadap arah ke negeri Siam.

Memukul, mengurai dan menyimpan

Dengan ringkasnya dihuraikan setelah habis mengerat, kedap yang berlungguk-lungguk di atas tunggul-tunggul jerami itu dipukul. Pada malam hari kelihatan di bendang terang benderang dengan lampu-lampu kecil. Anak-anak berlari bersuka ria ke sana sini dan bermain dengan riang gembira, riuh suara mereka bersambut dengan suara memukul padi dum-.... dum...
Setelah siap padi dipukul dan kemudiannya diurai, dimasukkan ke dalam guni lalu dibawa pulang ke rumah, atau kalau padi itu telah dijual, terus sajalah dari situ padi itu dibawa ke kedai atau ke tempat orang yang membelinya dengan basikal atau lori, Demikianlah dengan ringkasnya dibicarakan berkenaan dengan memukul, mengurai dan menyimpan padi yang menjadi adat daam masyarakat hari ini.


Perbezaan mengerjakan sawah antara dahulu dan sekarang

Di antara perbezaan-perbezaan yang paling besar antara kerja-kerja persawahan di Kedah pada masa dahulu dan sekarang ialah tentang mengambil padi dan kerja-kerja lain yang berturutan dengannya. Cara- cara dlan keadaan pekerjaan-pekerjaan itu dilakukan oleh orang tua-tua kita itu tidaklah lagi diamalkan oleh orang-orang di zaman ini. Orang-orang muda kita sekarang tidak lagi kenal adat itu, cuma mendengar ceritanya sahaja. Bahkan setengah-setengah orang tua-tua yang ada. Hari ini tidak dapat menceritakan hal itu kepada kita lagi.

Diantara perkara-perkara yang menyebabkan adanya perubahan-perubahan itu pula ialah sifat 'bergotong-royong'. Orang Melayu terutama dalam masyarakat zaman dahulu (masyarakat Melayu zaman silam ketika pengaruh-pengaruh dari barat belum datang menekan dengan pesatnya), mempunyai sikap kerja secara 'bergotong-royong'. Sikap ini jelas kelihatan dalam sekarang pekerjaan mereka yang ada perhubungannya dengan orang ramai. "Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi", "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing", "Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama di cecah", "Dapat sedikit dibelah tujuh". Demikianlah di antara beberapa peribahasa atau bidalan yang memberikan satu gambaran yang nyata betapa sebatinya sikap bergotong-royong itu pada seluruh jiwa masyarakat kita.

Di Kedah perkataan bergotong-royong itu terkenal dengan kata 'berderau'. Dalam kerja persawahan, kerja-kerja persawahan, kerja-kerja yang berat seperti mengala, menanam dan mengambil padi merupakan kerja-kerja yang seringkali dilakukan dalam bentuk berderau, tetapi oleh sebab masyarakat kita juga merupakan masyarakat yang hidup, kebudayaan kita juga hidup menempuh perubahan-perubahan yarlg tidak dapat dielakkan. Lepas satu pengaruh, pengaruh lain pula datang, yang dulu dianggap lebih rendah nilainya daripada yang baru, dan apabila pengaruh barat yang membawa cara hidup yang lebih bersifat bersendirian (individualistic) itu tiba, sikap bergotong-royong yang mumi itu kian hari kian berkurangan.

Di Kedah hari ini, dalam kerja persawahan seperti dalam hal-hal lainnya., berderau itu tidaklah lagi begitu terkenal dalam kehidupan hari-hari. Hanya dalam kerja menanam dan mengerat sahaja masih tedapat orang berderau. Itu juga tidaklah seramai yang pemah diadakan oleh orang-orang zaman dahulu. Kini, terutama dalam kerja mengerat mereka lebih mudah mengupah atau `kupang' (upah hari = bayar hari). Selain itu ada pula orang yang datang menolong secara sukarela sahaja. Biasanya pada orang-orang yang datang menolong itu diberikan sebagai saguhati sedikit padi, dan seterusnya kadang-kadang zakat pun diberinya. Dengan demikian banyaklah juga orang yang suka mengambil peluang tersebut.

Perbezaan-perbezaan lain yang temampak jelas antara. kerja-kerja persawahan dahulu dan sekarang ialah kerja-kerja menggiau (memotong padi dengan menggunakan pisau yang lebih pendek daripada yang digunakan sekarang). Sekarang orang lebih suka mengerat daripada menggiau itu. Kalau dahulu orang suka mengirik (menanggalkan padi dari tangkainya dengan menggunakan kerbau), sekarang orang lebih suka. memukul saja.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah