Cari maklumat mykedah: 
 
    Anda di sini: 
Selepas

Perkembangan Politik Dalam Perspektif Sejarah Kedah 1900 - 1999

oleh: Prof. Dr. Mohd. Isa Othman

Mukadimah

Abad ke -20 dan terutamanya akhir abad ke - 20 merupakan zaman politik. Aktiviti dan kehidupan harian kita banyak ditentukan oleh politik. Malah motivasi individu pun boleh dijuruskan oleh motivasi politik. Jadi tidaklah menghairankan jika setiap komuniti membentuk politiknya dengan setiap politik membentuk sejumlah rasional politik meskipun berpadalah jika diperingkat andaian pun orang mula melihat diri mereka sebagai homo politikus. Terdapat pandangan yang menyebut sehingga akhir zaman penjajah British tidak wujud politik di kalangan orang Melayu.

Asas pandangan ini bertolak daripada tidak adanya institusi politik dan parti-parti politik. Selain itu, istilah khusus di dalam Bahasa Melayu yang merujuk kepada politik juga tidak ditemui. Jika adapun istilah "Siasah" atau "Siasat" yang dipinjam daripada Bahasa Arab. Namun ini bukan alasan untuk menolak wujudnya budaya politik kerana hal ini boleh wujud di dalam bentuk pemikiran dan perubahan-perubahan ideologi. Mempertahankan pola-pola budaya, kepercayaan dan nilai-nilai terangkum dalam aktiviti politik. Apalagi di dalam hal mempertahankan sistem pemerintahan yang sedia ada. Orang Melayu, termasuk orang Kedah merupakan arkitek politik mereka sendiri. Orang Melayu sama ada melalui institusi atau pelaku-pelaku telah melakukannya dengan kreatif.

Politik Kedah Seratus Tahun

Jangka waktu yang perlu diteliti agak panjang, maka sudah tentu diluar kemampuan kertas kerja ini untuk mengupas detailnya. Apa yang akan difokuskan lebih merupakan tahap-tahap perkembangan dalam sejarah politik Kedah.

Sejarah politik Kedah pada abad ke-20 merupakan keseimbangan daripada satu tradisi yang lama, dan melalui proses yang bertakah-takah. Proses ini bukan sahaja bersifat dalaman malah banyak dipengaruhi pengaruh India, Arab, Parsi, Aceh. Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera, Selatan Siam dan kerajaan Pusat Siam. Manakala pengaruh Barat mula mengasak Kedah melalui abad ke - 16 dan bertambah jelas pada abad ke - 19 dan abad ke - 20.

Secara umumnya untuk selama seratus tahun, tahap-tahap perkembangan politik Kedah dapat dibahagikan kepada lima peringkat penting :

  • Perkembangan politik sebelum 1908
  • Perkembangan politik 1909 - 1941
  • Perkembangan politik 1942 - 1945
  • Perkembangan politik 1946 - 1956
  • Perkembangan politik 1957 - 1999

Perkembangan Politik Sebelum 1908

Majoriti rakyat Kedah terdiri daripada orang Melayu yang tinggal di kampung-kampung dengan kegiatan utama dalam sektor pertanian. Manakala golongan imigran khususnya kaum Cina dan India yang terlibat di dalam sektor buruh dan perniagaan tidak begitu ramai Masyarakat Melayu tradisional dapat dibahagikan kepada dua kelompok sosial iaitu golongan pemerintah dan rakyat biasa yang diperintah. Inilah asas budaya politik pada peringkat ini. Golongan pemerintah merupakan hak eksklusif berasaskan keturunan. Peneraju utama golongan elit tradisional ini termasuklah Sultan, Kerabat Di Raja dan Golongan Bangsawan. Mereka merupakan tenaga-tenaga penggerak pentadbiran dan politik yang mewujudkan kelas pemerintah.









mykedah.com
dihasilkan oleh:

PERBADANAN
PERPUSTAKAAN
AWAM KEDAH
Kedah State Public
Library Corporation
Dibiayai oleh :
Demonstrator Applications Grant Scheme (DAGS) of the National IT Council (NITC) Malaysia


Disokong oleh:
Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
KEPERLUAN
Shockwave Flash™ untuk memaparkan animasi dan peta Klik

DAN Real Player untuk memaparkan klip video dan audio. Klik untuk download dan install sekarang!
Paparan terbaik dengan Internet Explorer 5.0 dengan resolusi 800x600.
   
  Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.
Go!