| |
Tan Sri Hanafiah bin Hussain telah dilahirkan
pada 16 April 1927 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal
di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Pada tahun 1948, beliau
telah mendapat biasiswa perakaunan dari University Victoria, Manchester
di England untuk melanjutkan pelajarannya. Beliau telah dianugerahkan
Ijazah B.A Commerce. Kemudian beliau menyambung pengajiannya dan
mendapat kelayakan profesional A.C.A (England & Wales).
Kerjaya:
- Akauntan bertauliah
- Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji yang pertama
(1964)
- Pengarah North Borneo Timbers Bhd. (1969 - 1971)
- Pengerusi FAMA yang pertama (1965 - 1967)
- Pengasas firma perakaunan Bumiputera yang pertama iaitu Hanafiah,
Raslan, Mohamad & Partners (Chartered Accountants)
Penglibatan Politik:
- Bergiat aktif dalam SABERKAS (1946)
- Ahli Parlimen Jerai, Kedah (1964 - 1974)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1965- 1970)
- Bendahari UMNO Malaysia (1965 - 1970)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional:
- Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam
- Pengerusi Dewan Perniagaan Malaysia (1969)
- Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (1966 - 1970)
- Ahli 'Court of University of Malaya'
- Ahli 'Board of Governors' Maktab Tentera DiRaja
- Ahli 'Industrial Arbitration Tribunal'
Sebagai mengenang jasa dan sumbangan baktinya, beliau telah dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran. Antaranya ialah Panglima Mangku Negara
(P.M.N) oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Dato' Setia DiRaja Kedah
(D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah, Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan
Setia DiRaja Kedah (S.D.K).
|
|