| Tan Sri Dr. Salma Ismail dilahirkan pada 19 Disember 1918
di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School
dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau
telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge
pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama
di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan
yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of
Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri
Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949.
Kerjaya :
- Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur
- Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
- Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
- Pemilik klinik persendirian di Jalan Hale Kampong
Bahru Kuala Lumpur (1967)
- Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.
- Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Presiden Kelab General Hospital Kedah
- Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah
- Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah
- Ahli Majlis Pelajaran Tinggi
- Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor
(1976)
- Ahli Malaysian Medical Association
- Ahli Medical Defence Union
- Ahli College of General Practitioners
- Ahli Private Practitioners Association Wilayah
Kuala Lumpur dan Selangor
- Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society
|
 |
Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang
perubatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.)
oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1957, Dato' Paduka Mahkota
Kedah (D.P.M.K.) pada 1996 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada
tahun 1997 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menempa
sejarah sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan
Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap
sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat
resam yang memingit dan melarang anak-anak perempuan belajar hingga
ke peringkat yang begitu tinggi. Tan Sri Dr. Salma telah mencipta
sejarah emas bagi gendernya.
|