| |
Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail dilahirkan pada 28 Januari
1939 di Kedah Darul Aman. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang
Empat dan kemudian menyambung pelajarannya di Al-Maahad Al-Mahmud (Maktab Mahmud).
Selepas itu, beliau bertukar ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (SAHC) bagi
meneruskan pengajiannya ke tingkatan enam pada tahun 1960 hingga 1961. Pada tahun
1965, Dato' Dr. Abdul Halim meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya dan memperolehi
Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang ekonomi. Seterusnya pada tahun 1966, beliau
berangkat ke England untuk mengikuti pengajian di University Of Oxford, England
di dalam bidang Ekonomi sehingga memperolehi ijazah Doktor Falsafah.
Kerjaya :
- Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia
(1970)
- Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ketua Ahli Ekonomi Bank Bumiputera Malaysia Berhad (1977-1982)
- Pengarah Urusan Bank Islam (1983-1994)
- Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.
- Pengarah BIMB Unit Trust Management Sdn. Bhd.
- Pengarah BIMB Holdings Sdn. Bhd.
- Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantation Berhad
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Ahli Jawatankuasa 'Syariah Advisory Councils' Suruhanjaya
Sekuriti dan Bank Negara
- Pengerusi Majlis Senat Universiti Utara Malaysia
Beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Kewangan Islam' kerana pencapaian
yang cemerlang di dalam bidang kewangan dan sumbangan besar dalam
memperkembangkan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dalam
bidang-bidang pengurusan, perancangan, perundangan, penyelidikan
dan pembangunan. Bagi menghargai sumbangan dan jasanya, beliau telah
dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.)
dari KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'. 
|
|