| |
Tun Syed Sheh dilahirkan pada 10 November 1906
di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul
Hamid, Alor Star sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan
biasiswa kerajaan Negeri Kedah. Di sana beliau telah diterima masuk
ke Inner Temple dan mengikuti kursus undang-undang. Pada tahun 1934,
beliau telah lulus dan di anugerahkan Ijazah LLB.
Kerjaya :
- Majistret, Pendaftar dan Ketua Majistret. Beliau merupakan anak
Malaysia yang pertama memegang ketiga-tiga jawatan penting dalam
perkhidmatan perundangan di negara ini.
- Majistret Khas (April 1946)
- Presiden Mahkamah Seksyen Kedah dalam Perkhidmatan Perundangan
Kolonial (1948)
- Hakim Mahkamah Seremban (Oktober 1955 - Jun 1958)
- Hakim Mahkamah Rayuan (1962)
- Ketua Hakim Malaya (1963)
- Ketua Hakim Negara yang pertama (1 Jun 1966) dan bersara pada
10 September 1966.
- Pegawai Mentadbir Kerajaan Pulau Pinang
- Senator (Disember 1968).
- Yang Di-Pertua Dewan Negara (27 Januari 1969)
- Gabenor Pulau Pinang yang keempat pada Februari 1969 dan berkhidmat
selama dua penggal sehingga Februari 1975.
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Seri Setia Mahkota (S.S.M)
yang membawa gelaran Tun, Darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) kelas pertama daripada kerajaan
Pulau Pinang, Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (S.P.M. K) kelas pertama dan Pingat Sultan Badlishah (P.S.B) daripada Sultan Kedah. Tun Syed Sheh telah kembali ke
Rahmatullah pada 8 Oktober 1975, di Alor Star, Kedah. | |