Anda di sini:

Puan Bibi Aishah Binti Hamidon

Wanita pertama di Malaysia menjadi Senator

 

Puan Bibi Aishah binti Hamidon dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 11 Oktober 1929. Puan Bibi Aishah mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur dan kemudiannya beliau meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Convent, Taiping. Beliau juga pernah menuntut di sebuah sekolah persendirian di Sitiawan, Perak.

Penglibatan Politik :

  • Wakil UMNO dalam mesyuarat dan perjumpaan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia.
  • Ahli UMNO di Sungai Rambai, Bukit Mertajam (1948). Beliau kemudiannya berpindah ke Kulim pada tahun 1951 dan bergiat cergas di situ.
  • Adun Kawasan Kulim Utara (1955)
  • Ahli Parlimen Kawasan Kulim Utara (1969).

Setelah sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen, beliau kemudiannya menarik diri untuk memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda yang lebih berkaliber. Seterusnya setelah tamat berkhidmat sebagai wakil rakyat, beliau dilantik sebagai Senator. Puan Bibi Aishah merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Senator di Malaysia. Antara tokoh seperjuangan beliau semasa di dalam politik ialah Tan Sri Aishah Ghani.

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Penasihat kepada Mahkamah Kanak-kanak
  • Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Convent St. Anne's Kulim
  • Ahli Bebas kepada Mahkamah Perusahaan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Daerah
  • Ahli jawatankuasa bagi persatuan-persatuan ibu-bapa dan guru-guru.
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, Puan Bibi Aishah telah dikurniakan bintang dan darjah kebesaran Bintang Mangku Negara (A.M.N) dan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K).
 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.