Anda di sini:

Tuan Haji Abdul Hamid Bin Desa

Johan Qari Musabaqah membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan yang pertama kali diadakan pada tahun 1960.

 

Tuan Hj. Abdul Hamid telah dilahirkan di Batu 3 Tandop, Mukim Pengkalan Kundur, Kedah pada 7 Januari 1920. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tandop pada tahun 1926 dan di Pondok Haji Abdul Ghani pada tahun 1930. Pada tahun 1931, beliau telah menyambung pengajiannya di Madrasah Hamidiah (kini Maktab Mahmud) dan pengajian Al-Quran di bawah bimbingan Tuan Sheikh Ibrahim Al-Ibyari.

Penglibatan Tuan Hj. Abdul. Hamid dalam bidang bacaan Al-Quran bermula sejak beliau masih kanak-kanak lagi iaitu semasa berusia 10 tahun. Beliau adalah orang pertama yang digelar Johan Qari Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan yang pertama kali di adakan pada 18 Mac 1960. Di antara tempat yang pernah beliau memperdengarkan bacaannya ialah di Medan, Indonesia, Johor, Perak, Kelantan, Pattani di Selatan Thailand, Perlis dan Kedah.

Selepas tahun 1960, penglibatan beliau dalam musabaqah terhenti untuk memberi peluang kepada golongan muda bertanding dan beliau menumpukan kepada tugas sebagai seorang pendidik dan mengajar anak muridnya dalam bidang Al-Quran. Beliau juga sering dijemput menjadi hakim Musabaqah di peringkat Negeri daripada tahun 1962 sehingga tahun 1974.

Walaupun usianya meningkat lanjut, beliau tetap memberi bimbingan dalam bacaan al-Quran kepada anak-anak muridnya hingga ke akhir hayat. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada 8 April 1986.


 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.