| |
Tan Sri Mohamad bin Jamil dilahirkan pada 19 Mei 1920
di Kampung Binjal, Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal
di Sekolah Melayu Jitra, seterusnya melanjutkan pelajarannya di
Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah. Beliau kemudian menyambung pengajiannya
di Imperial College of Tropical Agriculture, Trinidad Island dan
memperolehi Diploma dalam bidang pertanian. Seterusnya, beliau telah
menyambung pengajiannya di McGill University, Montreal Canada dan
memperolehi B. Sc Pertanian.
Kerjaya :
- Bertugas di Jabatan Pertanian, anak tempatan pertama
mengambil alih tugas sebagai Pengarah Pertanian (MARDI) menggantikan
pegawai British selepas merdeka
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengerusi 'Islamic Education Affairs Advisory
Council'
- Presiden 'Alliance Francaise' Kuala Lumpur
- Ahli 'Federal Land Development Authority'
- Ahli 'Board of Agriculture' Universiti Malaya
- Ahli Majlis 'College of Agriculture'
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang
membawa gelaran Tan Sri, Johan Mangku Negara (J.M.N.) dan Dato'
Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.).
|
|