Anda di sini:

Prof. Madya Dr. Azizan Bin Abu Samah

Mengetuai Ekspedisi Penyelidikan Sains Malaysia yang pertama di Scott Base, Antartika.
 


Prof. Madya Dr. Azizan bin Abu Samah telah dilahirkan pada 22 Ogos 1954 di Jitra, Kedah. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin di Jitra sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Jitra. Namun persekolahannya di Jitra tidak lama kerana beliau mendapat tawaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Selepas menematkan pengajian di peringkat menengah, Prof. Madya Dr. Azizan melanjutkan pengajiannya ke Monash University dan memperolehi Ijazah B.Sc (Hons) IIB dalam bidang Fizik pada tahun 1977. Pada tahun 1982, beliau memperolehi Ijazah Sarjana dari La Trobe University di dalam bidang Fizik Atmosfera. Kecintaannya terhadap ilmu tidak terhenti di situ saja, beliau meneruskan pengajiannya dan memperolehi Ph.D dalam bidang Meteorologi dari Reading University di United Kingdom pada tahun 1990.

Kerjaya :

  • Pensyarah Universiti Malaya di Jabatan Geografi (1983)
  • Beliau dinaikkan pangkat sebagai Prof. Madya di Jabatan yang sama (1992)
  • Penyelaras Program Penyelidikan Antartik di Akademi Sains Malaysia (1998)

Pada tahun 1998, Prof. Madya Dr. Azizan telah melawat Scott Base, Antartika sebagai persediaan meninjau fasiliti di stesen penyelidikan. Setahun kemudian, pada tahun 1999, beliau telah mengetuai ekspedisi penyelidikan sains Malaysia yang pertama di Scott Base, Antartika sebagai ketua program penyelidikan Antartika. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Projek Penyelidikan Antarctic Boundry Layer, pencerapan di Ross Ice Shelf, Antartika. Pada 6 hingga 13 Februari 2002, Prof. Madya Dr. Azizan Abu Samah telah menyertai Ekspedisi ke Benua Antartika bersama Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan menaiki kapal Pemecah Ais Kapitan Dranitsyn.

Keanggotaan Komiti Peringkat Antarabangsa :

  • Fellow Royal Meteorological Society (1991)
  • Ketua, Action Group on Katabatic Wind, Scientific Comitee Antartic Research (2002)
  • Ahli "Working Group III Intergovernmental Panel on Climate Change" (1993)

Keanggotaan Komiti Peringkat Kebangsaan :

  • Ahli jawatankuasa Jawatankuasa bertindak untuk Antartika, Akademi Sains Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (KSTAS) (1998)
  • Ahli jawatankuasa Kebangsaan Jerebu, KSTAS (1990-1996)
  • Ahli jawatankuasa teknikal "Air Quality Management Study for Kelang Valley Region by Japan International Cooperation Agency" KSTAS (1991-1992)
  • Ahli jawatankuasa "Joint Committee on IPT-PLUS studies on Slopes and Pavement of Expressways (1990-1997)
  • Ahli jawatankuasa "National Committee of the international Geosphere - Biospehere Programme" (1994)

Panel penyunting dan Pakar :

  • Ahli Technical Kajian Jerebu CSIRO Australia (2001)
  • Ahli penilai penyelidikan Antartik (1999)
  • Ahli jawatankuasa teknikal "ASEAN Minister Conference on Transboundrary Pollution" (1995)

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Setiausaha Persatuan Kakitangan Akademik (1994-1996)
  • Juruaudit PIBG Sek. Men. Sri Hartamas (2001)
  • Penulis Kolum 'Sejuk-sejuk Panas', Utusan Melayu.
  • Pengantara untuk Persatuan kakitangan AM universiti Malaya.


  • Photo Album
 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.