Anda di sini:

Tan Sri Johari Bin Daud

Ketua Pengarah Perkhidmatan Haiwan Malaysia yang pertama.

Klip Video   Suara Latar

 

Tan Sri Johari Daud dilahirkan pada 20 Oktober 1918. Beliau mendapat pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star pada tahun 1935 dan meneruskan pengajiannya di Glasgow Veterinary College, Scotland dengan memperolehi M.R.C.V.S. (Edinburgh) dalam bidang veterinar.

Kerjaya :

  • Pengarah Perkhidmatan Haiwan di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kedah.
  • Pengarah Perkhidmatan Haiwan Malaysia (1957-1973)
  • Timbalan Pengerusi Pernas Edar Sdn. Bhd.
  • Ketua Eksekutif Extension Service Unit.

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

  • Ahli 'Glasgow International Club' di Scotlands (1942)
  • Ahli 'Royal College of Veterinary Surgeons' di United Kingdom
  • Ahli 'Malaysian Scientific Association'
  • Ahli 'St. John Ambulance, U.K
  • Ahli 'Malaysian Institute of Personnel Management'.
  • Ahli Persatuan Doktor-Doktor Haiwan Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga telah menubuhkan Kelab 'Band Joe's Tango & Rumba Band' yang dianggotai oleh pemuzik-pemuzik amatur dari Nigeria, Jamaica, Honduras, Afrika Selatan, Burma, India, Wales, Scotland dan England yang bertujuan untuk menjalankan projek kutipan derma amal di seluruh Scotland.

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahi bintang dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K)., Setia Mahkota Kedah (S.M.K)., Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K)., dan D.J.M.K.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.