Anda di sini:

Tuan Haji Syed Abdul Rahman Bin Syed Abdullah Al-Jefree

Pengarah Badan Pencegah Rasuah Malaysia yang pertama

 

Tuan Haji Syed Abdul Rahman dilahirkan pada Ogos 1908 di Daerah Padang Terap, Kuala Nerang. Beliau menerima pendidikan menengah di Government English School dan kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1918. Beliau menamatkan pengajiannya pada tahun 1927 dan lulus 'Senior Cambridge'.

Kerjaya :

  • Kadet Perkhidmatan Tadbir Kedah (1928)
  • Penolong Pegawai Daerah Kubang Pasu (1929)
  • Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani (1930)
  • Penolong Pegawai Daerah Kulim (1931)
  • Timbalan Penguatkuasa Kastam
  • Pegawai Daerah di Daerah Bandar Baharu dan Kulim (1945-1947)
  • Pengerusi Lembaga Bandaran Kota Setar (1948-1951)
  • Pengarah Tanah Negeri Kedah (1952- 1959)
  • Pengarah Badan Pencegah Rasuah yang pertama di Malaysia (1960-1963)

Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya beliau telah di anugerahkan Pingat Jaksa Pendamai (J.P).

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.