| |
Dato' Seri Syed Nahar dilahirkan pada 12 Mei 1934 di Alor Star, Kedah.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga dan kemudian di Sekolah
Melayu Kulim. Selepas itu, beliau menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah
Ibrahim, Sungai Petani dan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star. Beliau melanjutkan
pelajaran ke Trinity College, Dublin dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
dan Sains Politik. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran ke Bristol University
di dalam bidang Pentadbiran Am dan Kerajaan Tempatan.
Kerjaya :
- Pengarah Peneroka di Lembaga Kemajuan Tanah (FELDA) (1966)
- Pengurus Besar di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH)
(1964-1969)
- Pengerusi Bank Simpanan Nasional yang pertama
- Ahli Dewan Undangan Kedah dan Exco Negeri Kedah
- Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian (MADA) (1969)
- Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
- Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).
- Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)
- Ahli Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LLP)
- Ahli Lembaga Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDA).
- Pengarah Malayan Banking Bhd
- Pengerusi Perlis Plantation Bhd
- Pengerusi United Motor Works,
- Pengarah Syarikat Rahman Hydraulic,
- Pengerusi United Malayan Insurance Co. Bhd.
- Pengerusi Taiping Consolidated Bhd.
- Pengerusi United Malayan Insurance Co. Bhd
- Pengerusi Sime UEP Properties Bhd
- Pengerusi Dunlop Malaysia Industries Bhd,
- Pengerusi Syarikat Perniagaan Peladang (MADA) Sdn. Bhd,
- Pengerusi Pertama Malaysia Finance
- Pengarah Urusan Intradagang Merchant Bankers (M) Bhd.
- Menteri Besar Kedah yang kelima pada 13 Julai 1978 dan melepaskan
jawatan tersebut pada 28 Januari 1985.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengarah Perkim Negeri Kedah
- Ahli Majlis Angkatan Tentera Malaysia mewakili Raja-Raja
- Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) (1980)
- Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
Penglibatan Politik :
- Bertanding dalam Pilihanraya Umum 1969 bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri Jerlun/Kodiang.
- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, menggantikan
Y.A.B. Dr. Mahathir Mohamad (1969)
- Dalam Pilihanraya Umum tahun 1974, beliau merupakan antara
calon Barisan Nasional yang menang tanpa bertanding bagi kerusi
Parlimen Jerlun/Langkawi.
- Pengarah Barisan Nasional Negeri Kedah menjelang Pilihanraya
Umum 1978 dan telah memenangi Pilihanraya Umum 1978 bagi Kerusi
Dewan Undangan Negeri Langkawi.
 |
|
Sewaktu memegang jawatan Menteri Besar, sumbangan dan jasa beliau
dalam memaju dan membangunkan Negeri Kedah cukup besar. Pengenalan
sistem portfolio telah memberi keberkesanan di dalam jentera pentadbiran
kerajaan negeri Kedah yang mana setiap exco diberi tanggungjawab
tertentu. Beliau memberikan tumpuan di bidang perindustrian dengan
menjalankan berbagai usaha untuk menarik sebanyak boleh para pelabur.
Antaranya kilang tayar pertama berjaya didirikan di Mergong pada
April 1980 dan diikuti dengan pembinaan kilang marmar di Langkawi.
Seterusnya pembinaan kilang simen yang terbesar di Asia Tenggara
yang telah didirikan di Teluk Ewa Langkawi pada tahun 1981. Selain
daripada itu semasa pentadbirannya, Bandar Alor Star turut berkembang
maju dengan pesat dimana banyak bangunan-bangunan baru telah dibina
antaranya Bangunan Tunku (UMNO) dan Bangunan Sultan Abdul Halim
yang dibina pada 1983, Menara Peladang dan Wisma PKNK yang dibina
pada tahun 1986.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahi
pingat dan darjah kebesaran antaranya Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada
tahun 1972, Seri Panglima Mahkota Kedah (S.P.M.K.) pada tahun 1985, Seri Paduka
Mahkota Terengganu (S.P.M.T.) pada tahun 1985, Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
pada tahun 1986 dan Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.). Beliau juga telah dianugerahi
Tokoh Pembangunan Bolesepak Kedah pada tahun 1989 sebagai menghargai jasa dan
sumbangannya dalam sukan bolasepak. | |