|
Tun Syed Sheh dilahirkan pada 10 Mac 1910 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.
Kerjaya :
- Pegawai Daerah Baling
- Pegawai Daerah Kulim
- Pegawai Daerah Kuala Muda
- Gabenor Pulau Pinang (31 Ogos 1967 -31 Januari 1969)
- Duta Malaysia di Jepun
- Duta Malaysia di United Kingdom
- Duta Malaysia di Republik Ireland
- Duta Malaysia yang pertama ke Thailand (1 Julai 1958)
Semasa UMNO mula-mula ditubuhkan di Kedah pada tahun 1946, Tun Syed Sheh pernah menjadi pengasas kepada parti tersebut dan menjadi penyokong kuat kepada perjuangan
YTM Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.
Bagi menghargai segala sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan 'Kedah Meritious Service Star',
'Kedah Distinguish Service Star' 'Kedah Long Service Star'
dan Seri Setia Mahkota (S.S.M.) yang membawa gelaran Tun.
|