| |
Yang Ariff Dato' Alauddin Bin Dato' Mohd Sheriff
telah dilahirkan di Kulim, Kedah pada tanggal 7 Ogos 1946. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Petani pada tahun
1953. Kemudiannya beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Rendah
Bandar Baharu pada tahun 1955. Pada tahun 1959, Dato' Alauddin Mohd
Sheriff menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sultan Badlishah
sebelum bertukar ke Sekolah Menengah Ibrahim sehingga tahun 1963.
Pada tahun 1964, beliau sekali lagi berpindah sekolah ke Kolej Sultan
Abdul Hamid dan menamatkan zaman persekolahannya pada tahun 1965.
Dato' Alauddin telah meneruskan pelajarannya
ke peringkat lebih tinggi apabila beliau menyambung pengajiannya
ke Universiti Malaya pada tahun 1966. Pada tahun 1967, beliau telah
berangkat ke London untuk menyambung pelajarannya dalam jurusan
undang-undang di Inner Temple hingga tahun 1970.
Kerjaya :
- Pesuruhjaya Kehakiman di Johor Bharu (1992)
- Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Perlis (1994)
- Hakim Mahkamah Tinggi Alor Star, Kedah (1996)
- Hakim Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur (2001)
Selama berkhidmat sebagai pengamal undang-undang,
Yang Arif Dato' Alauddin telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran
seperti Setia Mahkota Johor (S.M.J) pada tahun 1982, Pingat Ibrahim
Sultan (P.I.S) pada tahun 1983, Darjah Paduka Mahkota Johor (D.P.M.J)
pada tahun 1985 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) pada tahun
1998 yang membawa gelaran Dato'. 
|
|