| |
Dato' Dr. Abdul Halim bin Ismail dilahirkan
pada 28 Januari 1939 di Kedah Darulaman. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Melayu Simpang Empat dan kemudian menyambung pelajarannya
di Al-Maahad Al-Mahmud (Maktab Mahmud). Selepas itu, beliau bertukar
ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star (SACH) bagi meneruskan pengajiannya
ke tingkatan enam pada tahun 1960 hingga 1961. Pada tahun 1965,
Dato' Dr. Abdul Halim meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya
dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang ekonomi. Seterusnya
pada tahun 1966, beliau berangkat ke England untuk mengikuti pengajian
di University of Oxford, England di dalam bidang Ekonomi sehingga
memperolehi Ijazah Doktor Falsafah.
Kerjaya :
- Pensyarah Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (1970)
- Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia
- Ketua Ahli Ekonomi Bank Bumiputera Malaysia Berhad (1977-1982)
- Pengarah Urusan Bank Islam (1983-1994)
- Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.
- Pengarah BIMB Unit Trust Management Sdn. Bhd.
- Pengarah BIMB Holdings Sdn. Bhd.
- Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantation Berhad
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Ahli Jawatankuasa 'Syariah Advisory Councils' Suruhanjaya
Sekuriti dan Bank Negara
- Pengerusi Majlis Senat Universiti Utara Malaysia
Beliau telah dianugerahkan 'Tokoh Kewangan Islam'
kerana pencapaian yang cemerlang di dalam bidang kewangan dan sumbangan
besar dalam memperkembangkan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia
dalam bidang-bidang pengurusan, perancangan, perundangan, penyelidikan
dan pembangunan. Bagi menghargai sumbangan dan jasanya, beliau telah
dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.)
dari KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.
|
|