|
Tan Sri Tajuddin Ramli dilahirkan di Kg. Kuala
Kangkong, Kedah pada 13 April 1946. Beliau menerima pendidikan menengah
di Kolej Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1968. Pada tahun 1968,
beliau menyambung pengajiannya di Universiti Malaya. Beliau telah
memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun
1970.
Kerjaya:
- Pegawai, Kementerian Perdagangan dan Industri
- Eksekutif Pemasaran, Dunlop Industries Berhad (1970)
- Pengurus Besar, Utama Wardley Berhad
- Ketua Pengarah Eksekutif, Syarikat Raleigh Berhad (1984)
- Pengerusi Eksekutif Technology Resource Industries Berhad
- Pengerusi Alpine Resource Sdn. Bhd.
- Pengerusi Arah Murni Sdn. Bhd.
- Pengerusi RZ Equities Sdn. Bhd.
- Pengerusi Celcom Sdn. Bhd.
- Pengarah General Lumber Holdings Berhad.
- Pengerusi Malaysia Airlines System Berhad (MAS)
- Pengerusi Southeast Asian Telecommunication Community (SEATLE)
- Ahli 'Commonwealth Consultative Group of Technology Management'
- Ahli Lembaga Pemegang Amanah 'Bumiputera Entrepreneur Foundation'
·
- Pengerusi 'Malaysian Industry and Government for High Technology'
(MIGHT)
- Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
- Presiden 'National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia'
(NCCIM)
- Presiden 'Asean Chamber of Commerce and Industry' (ACCI)
- Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)
- Ahli Mesyuarat Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN I dan
II)
Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara
serius apabila menubuhkan Syarikat Malaysian Helicopter Services
Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Naluri Berhad dan kemudiannya
berkembang sehingga tertubuhnya Syarikat Roxy Electronic Industries
Malaysian Berhad yang kemudiannya diberi nama baru iaitu Technology
Resources Industries Berhad (TRI).
Beliau turut dianugerahkan pingat dan hadiah
di atas kejayaan yang diperolehinya. Pada tahun 1994, beliau telah
memenangi Anugerah Usahawan yang diberikan oleh 'Malay Chamber
of Commerce'. Pada tahun yang sama juga beliau telah dihadiahkan
gelaran 'Director of The Year' oleh 'Malaysian Institute
of Directors'. Selain itu, 'International Management Development
Association' juga turut menganugerahkan beliau gelaran 'Businessman
of The Year'.
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau
kepada pembangunan ekonomi negara, beliau telah dianugerahkan pingat
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang oleh Tuan Yang Dipertua Negeri
Sarawak pada tahun 1994 dan juga pingat Dato' Setia DiRaja Kedah
(D.S.D.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'. Pada
tahun 1995, beliau dikurniakan pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M.)
yang membawa gelaran Tan Sri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong. 
|