| |
Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah dilahirkan
pada 5 November 1922 di Seberang Perak Alor Star, Kedah. Beliau
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Star, Kedah dan Sekolah Sungai Korok, Alor Star, Kedah. Pada tahun
1934, beliau menyambung pelajarannya di Maktab Mahmud, Kedah.
Kerjaya:
- Pengarah dan Pengerusi Julong Sdn. Bhd (1987 -1995)
- Pengarah Jawatankuasa Audit, Pernas International Holdings Berhad
sejak (1982)
- Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd
Penglibatan Politik:
- Menganggotai Parti SABERKAS (1948)
- Pengerusi Tetap UMNO Bahgaian Kedah Utara
- Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Kedah
- Nazir Amanah, UMNO Negeri Kedah (1956)
- Timbalan Ketua UMNO Alor Star pada tahun (1962)
- Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri
Kedah ( 1969)
- Senator dan ADUN kawasan Alor Merah (1975-1980)
- Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (1982)
- Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1985 / 1990)
Beliau aktif dalam bidang politik
dan aktiviti-aktiviti sosial.
|
 |
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
:
- Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (1983)
- Pengerusi Muzium Negeri Kedah
- Yang Di Pertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah
- Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Perusahaan Negeri Kedah
(1977- 1995)
- Pengerusi Yayasan Al-Maahad Al-Mahmud
- Pengerusi Madrasah Insaniah
- Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Al-Maahad Al-Mahmud
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya
beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya
Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (J.P), Kesatria
Mangku Negara (K.M.N) dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa
gelaran Tan Sri.
|
|