| |
Dato' Syed Amin Aljeffri dilahirkan pada 10
November 1947 di Sungai Petani, Kedah. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Melayu Sungai Petani dan menyambung pelajaran menengahnya
di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada tahun 1968, beliau melanjutkan
pelajarannya di Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Ekonomi
(pengkhususan dalam bidang Perakaunan) pada tahun 1971.
Kerjaya :
- Berkhidmat dengan Esso Malaysia Berhad
- Akauntan bertauliah di Touche Ross & Co, firma perakaunan antarabangsa
di Vancouver British Columbia, Kanada (September 1973)
- Akauntan Kanan Esso Malaysia Berhad (1976)
- Staff Financial Analyst Esso Eastern Inc., Houston Texas, Amerika
(1979)
- Pengurus Perakaunan Esso Production Malaysia Inc., Malaysia
Operations, (April 1981)
- Membuka firma perakaunan :
- Aljeffri & Co,
- Aljeffri Sdn. Bhd ( nasihat percukaian )
- Al-Zam Sdn. Bhd ( khidmat kesetiausahaan )
- Aljeffri Management Services Sdn. Bhd. (khidmat perakaunan,
penasihat pengurusan dan pemprosesan data elektronik)
- Menganggotai lembaga pengarah Chocolate Products (M) Berhad
(1983-1984)
- Pengerusi Jawatankuasa Audit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) (1991-1992)
- Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi beberapa buah
syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur
- Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Kerajaan di Institut Akauntan Malaysia
- Ahli Lembaga Pengarah Antarabangsa "The International Group
of Accounting Firms (IGAF)" (1991- 1993)
- Jawatankuasa Antarabangsa Midsnell Group International (MGI)
sebuah kesatuan firma perakaunan antarabangsa (1994 -1996)
- Bendahari Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
- Setiausaha Agung DPMM
- Jawatankuasa Agung DPMM (kini dikenali sebagai Ahli Majlis Eksekutif
DPMM) (1992-kini)
- Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Bandaraya
Kuala Lumpur (DPMMBKL) (1994 - kini ) · Memangku jawatan Yang
Dipertua DPMMBKL (April 1997).
Semua ini telah menjadikan syarikat-syarikat
Kumpulan Aljeffri sebagai sebuah syarikat tempatan bertaraf kebangsaan,
yang kini sudah mula menempatkan dirinya di peringkat antarabangsa,
bertepatan dengan pegangan Dato' Syed Amin sendiri iaitu untuk Mengantarabangsakan
Melayu dan bukannya sekadar Memelayukan Antarabangsa, khususnya
dalam bidang perkhidmatan profesional. Justeru syarikat-syarikat
dalam Kumpulan Aljefri kini adalah peneraju kepada syarikat-syarikat
tempatan yang lain, yang mampu memberikan khidmat korporat dan pengurusan
yang lengkap dan bersepadu.
Penglibatan Pertubuhan Profesional :
- Menganggotai panel Tabung Pemulihan Usahawan (TPU) (1991 -1995)
- Ahli Jawatankuasa Penganjur Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga
- Jawatankuasa Penganjur Persidangan CAPA (Confederation of
Asia Pasific Accountants) (1996)
- Jawatankuasa Penganjur Kongres Akauntan Kebangsaan (1989 -1993)

|
|