|
Dato' Haji Thobrani Haji Hanafi dilahirkan di
Pekan Kulim, Kedah pada 10 Disember 1945. Beliau merupakan anak
pertama dari dua orang adik beradik. Bapanya merupakan bekas ahli
politik. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid,
Alor Star. Selepas tamat persekolahan, beliau menyambung pengajian
ke Universiti Malaya di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah dan memperolehi
segulung ijazah di dalam bidang Sains Sosial pada tahun 1969.
Kerjaya :
- Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS)
- Pegawai Tanah
- Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri
- Pengerusi Ahli Majlis Daerah Kuala Muda
- Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Setar (1981)
- Pengerusi Eksekutif Oriental Interest Berhad (OIB) (1982)
Persatuan dan Pertubuhan Sosial :
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Jaksa Pendamai Negeri Kedah
- Ahli Jawatankuasa Jemaah Dato'-Dato' Negeri Kedah
- Timbalan Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Khas Sungai Petani
Sebagai mengenang sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
pingat dan darjah kebesaran B.C.K. pada tahun 1980, BKM pada tahun
1987, J.P pada tahun 1989, S.D.K. pada tahun 1991 dan D.S.D.K. yang
membawa gelaran Dato' pada tahun 1996. 
|