| |
Dato' Dr. Md. Khir Abdul Rahman dilahirkan pada
2 Ogos 1947 di Kanchut, Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan
awal di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sebelum meneruskan pengajiannya
di Universiti Malaya dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik.
Seterusnya, beliau telah menerusnya pengajiannya di peringkat Sarjana
dan Kedoktoran di State University of Ghent, Belgium dan telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Pembangunan Pertanian dan Ijazah Kedoktoran Sains
dalam bidang Statistik Pengkomputeran.
Kerjaya :
- Memulakan kerjayanya di Institut Penyelidikan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI) (1972).
- Berkhidmat di Bank Negara (1983)
- Pengarah Urusan, Kumpulan Teknologi Mejati (1996 )
- Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif / Pengurus Besar Malaysian
Electronics Payment System Sdn. Bhd. (MEPS).
- Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Telekom Malaysia (1 Mei 2000)
- Pengarah Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd (MDC)
- Pengarah 'Malaysian Industry Government Group for High Technology'
(MIGHT).
- Ahli Jawatankuasa Tender (TelCo)
- Ahli Lembaga Jawatankuasa Skim Opsyen Saham Pekerja Lembaga
- Ahli Lembaga kepada beberapa anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat
bersekutu Telekom Malaysia.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia
DiRaja Kedah (D.S.D.K.) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran
Dato'. 
|
|