| |
Dato' Haji Harun Din dilahirkan pada 21 Jun
1934 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Kanchut pada tahun 1940 dan di Sekolah Melayu Sungai Korok
Lama pada tahun 1942 hingga 1947. Beliau menyambung pengajiannya
di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star dari tahun 1947 hingga tahun
1955. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di Institut Pengajian
Tinggi di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1955 hingga tahun
1959. Pada tahun 1986, beliau menyertai Senior Executives Programming
di Massachusetts Institite of Technology.
Kerjaya :
- Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan Perisikan (1959)
- Setiausaha Kerja, Jawatankuasa Kerja Keselamatan Sarawak (1967)
- Pegawai Kewangan Persekutuan Sarawak (1969)
- Ketua Pengarah, Jabatan Filem Negara (1971)
- Timbalan, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan (1972)
- Ketua Pengarah Lembaga Pelabuhan Kelang (1981)
- Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1983)
- Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (1988)
- Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), (1990-1999)
Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan
Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Johan Mangku Negara (J.M.N.)
dan Kesatria Mangku Negara (K.M.N.).
|
|