| |
Dato' Ahmad Nordin dilahirkan pada 27 Ogos 1926
di Titi Gajah, Alor Star. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Melayu Jalan Bahau pada tahun 1932 sehingga 1935 dan Sekolah Melayu
Sungai Korok pada tahun 1935. Beliau menyambung pengajiannya di Kolej
Sultan Abdul Hamid pada tahun 1936-1946. Setelah tamat sekolah menengah,
beliau ditawarkan menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi di
College of Distributive Trader, London pada tahun 1969 sehingga 1970.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Boston
University, USA pada tahun 1980 dan menamatkan pengajiannya pada tahun
1982.
Kerjaya :
- Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Luar
Negeri
- Setiausaha Agung Majlis Dakwah Islamiah Asia Tenggara dan Pasifik
(RISEAP)
- Ahli Majlis Penyelia BERNAMA
- Ahli Lembaga Amanah Yayasan Tunku Abdul Rahman
Beliau juga meminati bidang penulisan. Antara kertas
kerja dan karya yang pernah dihasilkan ialah tesis untuk Sarjana berjudul
"The Hearts and Minds Battle Againts Communist Inssurection
in Malaya 1948-1960", beberapa kertas kerja dan artikel berkenaan
perhubungan awam dan komunikasi untuk seminar-seminar dalam dan luar
negeri, beberapa artikel berkenaan dakwah Islamiah di Malaysia dan
luar negeri dan beberapa artikel berkenaan pembangunan dari perspektif
Islam untuk seminar di luar negeri dan untuk disiarkan dalam majalah.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran,
iaitu D.P.M.K., J.S.D., K.M.N., B.C.K dan darjah kebesaran / bintang
dari Jerman Barat, Filipina dan Thailand.
|
|