|
Dato' Dr. Mohd. Mansor bin Salleh telah dilahirkan
pada 15 September 1944 di Simpang Empat, Kedah. Beliau menerima
pendidikan awal di Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh, Perak pada
tahun 1957 sehingga tahun 1960. Seterusnya beliau meneruskan pelajarannya
ke Maktab Tentera DiRaja Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada
tahun 1961 hingga tahun 1964.
Pada tahun 1965, beliau telah melanjutkan pengajiannya
ke University College Cardiff, Wales dan memperolehi Ijazah Sarjana
dari University of Birmingham dalam bidang 'Industrial Metallurgy
Process and Management'. Seterusnya beliau memperolehi Ph.D
(Corrosion) dari University of Manchester Institute of Science and
Technology (UMIST), England pada tahun 1975.
Kerjaya :
- Pensyarah (Profesor Madya), Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Universiti
Malaya (1971)
- Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (1979
- 1982)
- Pengerusi 'Technical Committee, Iron & Steel Standards
Institute and Industrial Research of Malaysia' (SIRIM), (1981
- 1984)
- Timbalan Pengerusi Technonet Asia Council, Winepeg, Canada (September
1984 - 1985)
- Pengawal 'Standards and Industrial Research Institute of
Malaysia' (SIRIM), (1984 - 1986)
- Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM), (1 September 1986 -
31 Disember 1993)
- Pengerusi Maxcorp Sdn. Bhd. (1994)
- Pengerusi Logamahir (M) Sdn Bhd (1995)
- Pengarah CFBT Management Development Sdn. Bhd. (1995)
- Pengarah NEPLINE Berhad (1995 - 1998)
Penglibatan Persatuan Sosial dan Profesional
:
- Ahli 'Institute of Metallurgist'
- Ahli 'Institute of Mining and Metallurgy'
- Ahli 'Institute of Corrision Science and Technology'
- Ahli ABIM (1971 - 1972)
- Ahli Jawatankuasa 'Islamic Science Academy and Editor of
ASASAINS', (1979 - 1982)
- 'Engineering Terminology Language & Literary Agency',
(1979 - 1982)
- Presiden 'Malaysian Translators Association' (MTA), (1985)
- Presiden 'Malaysia Staturory Bodies Association', (1988
- 1992)
- Ahli 'Asian Institute of Technology Trustee Board'
- Pengerusi Yayasan Keusahawanan Islam
Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya, beliau telah dianugerahkan
pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato'
daripada DYMM Sultan Kedah pada tahun 1989 dan juga pingat Johan
Setia Mahkota (J.S.M.) daripada Yang DiPertuan Agong pada tahun
1991. |