Anda di sini:

Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim

 

Tan Sri Abdul Rahman dilahirkan pada 7 Julai 1925. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya beliau meneruskan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.

Kerjaya

  • Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober1941)
  • Ketua Polis Daerah Kuala Nerang
  • Ketua Polis Daerah Baling (1948)
  • Pegawai Penyiasat Jenayah (1949)
  • Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952)
  • Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor
  • Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah.
  • Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960)
  • Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963)
  • Pengarah Cawangan Khas (1971)
  • Timbalan Ketua Polis Negara (1972)
  • Ketua Polis Negara yang ke-3 (1973)

Beliau juga turut dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan menghadiri kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957). Beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara tidak lama kerana beliau telah terkorban pada tahun 1974 apabila terkena tembakan anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Beliau merupakan Ketua Polis yang paling lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan.

Bagi menghargai sumbangan jasa dan baktinya, beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1961, Pingat Peringatan Kedah pada tahun 1965, Johan Mangku Negara (J.M.N) pada tahun 1961, Bintang Republik Indonesia yang dianugerahkan oleh Presiden Suharto pada tahun 1970, Crown Second Class yang dianugerahkan oleh Raja Thailand pada tahun 1970, Bintang Bhayangkara Utama yang dianugerahkan oleh Republik Kerajaan Indonesia pada tahun 1973, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) dan Setia Mahkota Kedah (S.M.K.)

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.