Anda di sini:

Dato' Mohamad Tajudin Bin Bakar

 

Dato' Mohamad Tajudin b. Bakar telah dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Derga, Alor Star, Kedah. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak, Alor Star pada tahun 1954 hingga 1956. Kemudiannya beliau berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kanchut, Alor Star pada tahun 1957. Seterusnya pada tahun 1958, Dato' Mohamad Tajudin bertukar pula ke Sekolah Tunku Abdul Halim.

Kemudian, Dato' Tajudin meneruskan pengajiannya ke Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1961 hingga 1967. Pada tahun 1968, Dato' Tajudin telah memasuki Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah pada tahun 1971. Pada tahun 1975, beliau menyambung kembali pengajiannya dan memperolehi Diploma in Social Planning dari London School of Economic pada tahun 1976.

Kerjaya

  • Penolong SUK (Kerajaan Tempatan & Perkhidmatan) (1971 - 1975)
  • Pengerusi MDKT Kulim (1977 - 1978)
  • Pegawai Daerah Pendang (1979 - 1981)
  • Pengurus Kanan Pelaksanaan KEDA (1981 - 1991)
  • Timbalan Pengurus Besar KEDA (1991 - 1996)
  • Pengurus Besar KEDA (1996 - kini )

Bagi mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau, Dato' Mohamad Tajudin telah dianugerahkan pingat Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 1987, Setia DiRaja Kedah (S.D.K) pada tahun 1989 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Dato' pada tahun 1994.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.