Anda di sini:

Haji Mohd. Akhir Bin Shafie

 

Haji Mohd. Akhir bin Shafie telah dilahirkan di Alor Star, Kedah pada 3 April 1948. Setelah menamatkan pengajiannya di peringkat rendah dan menengah, beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang pendidikan. Beliau kemudiannya telah memperolehi Diploma Pendidikan dan Ijazah B.A. (Hons) dari universiti yang sama.

Kerjaya

  • Guru Penolong Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling (Januari 1973 - Disember 1973)
  • Guru Penolong Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad, Kuala Nerang (Januari 1974 - Disember 1976)
  • Guru Penolong Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar, Alor Star (Januari 1977 - Disember 1979)
  • Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim (Januari 1980 - Februari 1983)
  • Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, Baling (Februari 1983 - Disember 1983)
  • Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Serai, Kulim (Disember 1983 - Februari 1986)
  • Penolong Kanan dan menjalankan tugas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mahawangsa, Jitra (Februari 1986 - Januari 1988)
  • Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Kuantan, Pahang (Februari 1988 - Februari 1990)
  • Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bedong, Kedah (Februari 1990 - Oktober 1992)
  • Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang, Kedah (Oktober 1992 - Jun 1995)
  • Pengetua Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Star (Jun 1995 - Januari 1998)
  • Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz, Simpang 4, Alor Star (Januari 1998 - Disember 1998)
  • Pegawai Pendidikan Daerah Baling/Sik (Januari 1999 - Ogos 1999)
  • Pegawai Pendidikan Daerah Padang Terap/ Pendang (Ogos 1999 - April 2000)
  • Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Kedah (April 2000 - Januari 2001)
  • Pengetua Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Bukit Mertajam (Februari 2001 - Ogos 2001)
  • Pengarah Pendidikan Kedah, Jabatan Pendidikan Kedah (September 2001 - kini)

Di atas jasa dan bakti beliau sepanjang perkhidmatannya, Haji Mohd. Akhir telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) pada tahun 2001, Kesatria Mangku Negara (K.M.N) dan Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 2002.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.