Anda di sini:

Dato' Prof. Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

 

Kerjaya:

  • Ketua Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1976 - 1979)
  • Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahli Lembaga Pelawat Depot Tahanan
  • Perunding 'Distance Education Project McCord' Hospital, Durban
  • Penasihat 'Medical Education WHO'
  • Ahli Majlis Penasihat Kebangsaan mengenai wanita dalam pembangunan
  • Ahli Lembaga Eksekutif 'Network of Community Oriented Education Institution in the Health Science'
  • Ahli 'Association Medical Education WHO, Western Pasific Region'
  • Ahli Majlis Akademi Perubatan Malaysia
  • Ahli Persatuan Perubatan Malaysia
  • Kini beliau merupakan seorang pensyarah perubatan di Fakulti Perubatan, Jabatan Pendidikan Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Selain bergiat aktif dalam khidmat masyarakat dan badan profesional, beliau juga turut aktif dalam menerbitkan artike-artikel yang berkaitan perubatan. Antara penerbitan yang dihasilkan oleh beliau ialah 'Developing an Accreditation System for Medical School in Malaysia : Report of the Malaysian Medical Council Workshop on Accredition' (1996), Audit Akademik (1995), 'Intersectoral Collaboration in the Family Medicine Programme in UKM' (1995), 'Commentary on Prospects for Change in Medical Education in the 21st Century' (1994) dan lain-lain lagi.

Dari sudut kesarjanaan, beliau telah menyumbang kepada pembentukan kurikulum bersepadu dalam program perubatan dengan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang bertujuan memupuk pembelajaran secara aktif dan kemahiran belajar arah kendiri untuk pembelajaran sepanjang hayat. Beliau juga berjaya mewujudkan audit akademik dalaman dan sistem akreditasi dalam bidang perubatan dan penstrukturan keilmuan sesuai dengan abad maklumat.

Sebagai mengenang sumbangan dan jasa beliau dalam bidang akademik dan juga khidmat masyarakat, beliau telah dianugerahkan beberapa pingat dan darjah kebesaran, antaranya Johan Setia Mahkota (J.S.M) pada tahun 1996, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) pada tahun 1990, Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K), 'Fretz Katz Memorial Medal for Excellence in Medical Education' pada tahun 1993 dan juga 'ICDE-COL Special Award of Excellence for Distance Education' pada tahun 1995.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.