| |
Dato' Profesor Dr. Mohd. Yusof Hasan dilahirkan
di Hosba, Jitra, Kedah pada 20 Januari 1940. Beliau mendapat pendidikan
awal di Sekolah Melayu Hosba pada tahun 1947 hingga tahun 1951. Beliau
menyambung persekolahannya di St. Michael's School (swasta) pada tahun
1952 hingga tahun 1956. Pada tahun 1959 beliau memasuki Day Training
Centre dan memperolehi Certificate in Education. Seterusnya
beliau mendapat tawaran memasuki Universiti Malaya dan memperolehi
Ijazah B.A. (Hons) pada tahun 1970. Beliau juga berkelulusan Diploma
in Education yang diperolehinya pada tahun 1971 dari universiti yang
sama. Pada tahun 1975 beliau mendapat M.A. dari Universiti Sains Malaysia.
Beliau meneruskan pengajiannya dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah
pada tahun 1985 di Australian National University.
Kerjaya :
- Guru sekolah rendah (1960-1968)
- Guru sekolah menengah (1970-1977)
- Pensyarah, Universiti Utara Malaysia (1977-1981)
- Pensyarah (Profesor Madya), Universiti Utara Malaysia (1985-1995)
- Kini beliau merupakan Profesor serta Pengarah Pusat Pengajian
Siswazah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim,
Perak.
Sebagai mengenang jasa yang telah dicurahkan sepanjang
perkhidmatannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Khidmat Masyarakat
(B.K.M.) pada tahun 1986, Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.) pada tahun 1988,
Tokoh Guru Kedah pada tahun 1998, Ahli Mangku Negara (A.M.N.) dan
Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun 2000. |
|