Anda di sini:

Mohammad Bin Iskandar

 

Mohammad Iskandar merupakan seorang tokoh pendidikan yang masyhur di Kedah. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 di Pulau Pinang dan menerima pendidikan awal di Penang Free School. Setelah tamat peperiksaan "School Certificate" beliau telah mengikuti Normal Class untuk menjadi seorang pendidik.

Negeri Kedah memulakan zaman pembangunan semasa beliau menjadi seorang pendidik. Kerajaan telah menjemput beliau untuk menubuhkan sebuah sekolah Inggeris di Alor Star memandangkan pengalaman beliau yang begitu meluas dalam bidang pendidikan. Masalah yang dihadapi oleh beliau pada ketika itu ialah sambutan yang dingin oleh ibu bapa tentang pembukaan sekolah Inggeris yang baru itu. Dengan berkat usaha beliau bilangan pelajar kian bertambah dari 12 orang ke 97 orang pada tahun 1909. Peningkatan bilangan pelajar pula telah menimbulkan masalah lain seperti kekurangan guru dan bilik darjah. Guru-guru tambahan dilantik namun begitu, masalah bangunan tambahan masih tidak dapat diatasi. Oleh itu beliau mengajar murid-muridnya di bawah pokok dan keadaan ini bertambah sukar apabila hujan turun. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya menunjukkan sikap beliau sebagai seorang pendidik yang berdedikasi dan berjaya.

Kerjaya:

  • Guru Besar yang pertama di Government English School (G.E.S) yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Star
  • Guru Besar di Pekan English School. (1911)
  • Berkhidmat di Jabatan Audit Kedah sehingga beliau bersara (1914-1930).

Beliau merupakan ayahanda kepada YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1960 di rumahnya, di Seberang Perak, Alor Star. Bagi mengenangkan jasa-jasa beliau, Kementerian Pendidikan telah mengabadikan namanya pada sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Iskandar.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.