Anda di sini:


Dato' Prof. Ir. Dr. Mohammad Noor Bin Haji Salleh

Suara Latar   Klip Video

 

Dato' Prof. Ir. Dr. Mohammad Noor telah dilahirkan pada 12 Disember 1947 di Jeniang, Kedah. Setelah lulus Senior Cambridge pada tahun 1964 di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, beliau melanjutkan pelajarannya di Technical College, Kuala Lumpur dan memperolehi Diploma Kejuruteraan Awam pada tahun 1969. Pada tahun 1972, beliau telah dianugerahkan Sarjana Muda Sains dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland. Tiga tahun kemudian, beliau memperolehi pula Sarjana Sains dalam bidang Hydraulics, Hydrology and Coastal Dynamics dari universiti yang sama. Bukti minatnya yang mendalam dalam bidang kejuruteraan ialah apabila beliau dianugerahkan Doktor Falsafah pada tahun 1985 oleh University of Strathclyde.

Kerjaya :

  • Kadet Teknik di Jabatan Kerja Raya Sungai Petani, Kedah (1.9.1969 - 8.9.1970)
  • Jurutera Pelajar di Babtie, Shaw and Morton, Glasgow, Scotland (1971)
  • Penolong Pensyarah 'A' (11.11.1972)
  • Pemangku Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam di Institut Teknologi Kebangsaan, Kuala Lumpur (7.2.1973 - 16.4.1973)
  • Pensyarah (10.6.1975)
  • Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (1.10.1975 - 31.1.1976)
  • Ketua Jabatan Hidraul dan Sumber Air di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (1.1.1976 - 28.2.1979)
  • Profesor Madya (1.9.1978)
  • Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (1.3.1979 - 8.10.1980)
  • Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur (1.4.1986 - 31.3.1988)
  • Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (26.8.1988 - 25.8.1997)
  • Ketua Kampus (Cawangan) Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (13.10.1988 - 31.8.1989)
  • Pemangku Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Skudai (1.1.1990 - 31.3.1990)
  • Profesor (Gred Khas 'C') (17.12.1991)
  • Profesor (Gred Khas 'B') (10.9.1997)
  • Naib Cancelor Universiti Utara Malaysia (1.6.1998 - 30.5.2001)
  • Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (1.6.2001 - kini)
Pertubuhan dan Persatuan Sosial :
  • Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (1998-2001)
  • Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) (1999-2001)
  • Ahli Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (2001 - kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah UNITEM Sdn. Bhd. (10 Ogos 2000 - kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah METEOR (Jun 1998 - kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Bhd. (2001 - kini)
  • Ahli Lembaga Pengarah Faber Group Bhd. (2001 - kini)
  • Pengerusi Jawatankuasa Institusi Jurutera Malaysia (Cawangan Kedah-Perlis) (2000 - kini)
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia (2000 - 2001)
  • Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat, Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia (2000 - 2002)
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit KEDA (1999 - 2001)
  • Anggota Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) (2002 - kini)
  • Ahli Majlis, Presidential Consultative Council (PCC) Lembaga Jurutera Malaysia (2002)
  • Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (1 September 2002 - 31 Ogos 2005)
  • Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) (1998 - kini)
  • Pengerusi, Jawatankuasa Audit, Majlis Peperiksaan Malaysia (2000 - kini)
  • Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) (1996 - 2002)
  • Penilai Luar Kenaikan Pangkat ke Profesor, UiTM, Shah Alam (2000)
  • Penilai Luar Kenaikan Pangkat ke Profesor Madya, UKM (2001)
  • Ahli Persatuan Linguistik Malaysia (2001 - kini)

Dato' Nor Aman juga telah dianugerahkan beberapa pingat kebesaran dari KDYMM Sultan Kedah di atas jasa dan sumbangan beliau itu. Beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Setia Diraja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1977, Darjah Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun 1982 dan Bintang Perkhidmatan Lama Kedah (B.P.L.) pada tahun 1988.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.