|
Tan Sri Dato' Haji Shafie dilahirkan pada 24 Julai
1926 di Jitra, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah
Melayu Jitra dan kemudian menyambung pelajarannya di Kolej Sultan
Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.
Kerjaya
- Pelatih Tentera Jepun di Kepala Batas, Alor Star, Kedah sewaktu
zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1943
- Jurubahasa kepada Gabenor Jepun di Kedah, Major Jeneral Sukigawa
Seichi
- Wartawan dan sasterawan (1948).
Penglibatan Politik
- Setiausaha Peribadi dengan tugas-tugas politik kepada Almarhum
Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (1955)
- Setiausaha SABERKAS di cawangan Baling
- Mempelopori Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
yang kini bertukar kepada UMNO
- Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah bagi kawasan Baling Timur (1959-1964)
- Ahli Parlimen Baling (1969-1978)
- Menerajui UMNO Cawangan Teluk Pendiat di Baling.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
- Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan, Jawatankuasa Majlis Kebudayaan
Negeri (1987)
- Ahli Lembaga Muzium Negeri Kedah (1987)
- Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan
Baling (1984-1995)
- Pengerusi PERKIM Negeri Kedah.
Dalam bidang penulisan, Tan Sri Haji Shafie banyak
menulis cerpen dan sajak-sajak yang banyak disiarkan dalam Mastika
dan Mingguan Utusan Zaman sekitar tahun 1950 an.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya,
beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran
iaitu Panglima Bintang Sarawak (P.B.S), Panglima Gagah Darjah Kinabalu
(P.G.D.K) oleh Kerajaan Sabah, A.M.N., B.C.K. dan J.P. Beliau juga
menerima anugerah Tokoh UMNO Negeri Kedah pada tahun 1994 dan Tokoh
Budaya Negeri Kedah Darul Aman tahun 1994.
|