Anda di sini:

Dato' Paduka Haji Wan Ibrahim Bin Wan Soloh

 

Dato' Paduka Hj Wan Ibrahim Wan Soloh dilahirkan pada 24 Disember 1905 di Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan rendah di Vernacular School, Langat pada tahun 1915 sehingga tahun 1917. Kemudian, beliau meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak.

Kerjaya :

  • Kerani kelas III FMS Pejabat Lembaga Bandaran Kelang (1926)
  • Pegawai Korperatif Kedah Tengah dan Selatan (1932)
  • Penolong Pendaftar Persatuan Korperatif (1933)
  • Pendaftar Persatuan Korperatif Kedah (1940)
  • Ketua Protokol dan Penghulu Istiadat KDYMM Sultan Kedah
  • Ahli K.V.F (Kedah Volunteer Force)
  • Pengarah Urusan Syarikat Perusahaan Utara Melayu
  • Pengarah Kedah Transport Co. Bhd. (Pengarah Credit & Co.)
  • 'Acting 2nd, Assistant State Secretary Class IV' (1948)
  • Kerani Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (1951)
  • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (cawangan perkhidmatan) (1953)
  • Yang DiPertua Majlis Bandaran Alor Star (1959)
  • Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (1960-1973)
  • Ahli Majlis Agama Islam Kedah (M.A.I.K).

Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional

  • Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah
  • Presiden Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah (1956-1977)
  • Presiden Kelab Diraja Kedah § Presiden Kelab Rotary Alor Star
  • Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Rendah dan Menengah Sultanah Asma (1958-1977)
  • Ahli Lembaga Simpanan Wang Guru-Guru Tanah Melayu
  • Ahli Lembaga Pengampunan dan Ahli Jawatankuasa Pengurniaan Bintang Kebesaran, Kedah.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya beliau telah dianugerahkan oleh kerajaan pingat dan darjah kebesaran iaitu antaranya D.H.M.S., D.P.M.K., B.C.K., B.K.M., P.S.B. dan J.P.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.