| |
Dato' Paul Mony Samuel telah dilahirkan di Kuala Ketil, Kedah
pada 5 Ogos 1945. Beliau telah menerima pendidikan awalnya di Sekolah
Rendah St. Theresa's, Sungai Petani dan meneruskan pengajian menengahnya
di Sekolah Menengah Ibrahim Sungai Petani. Setelah itu, beliau berjaya
melanjutkan pelajarannya di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang,
Selangor dan memperolehi B.Ed (TESL).
Kerjaya :
- Guru di Sekolah Menengah Kuala Ketil (1965-1979)
- Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (1980-1999)
- FIFA Development Officer (2000 hingga kini)
Di atas jasa dan khidmat bakti beliau itu, beberapa anugerah telah
diraih oleh Dato' Paul Mony iaitu D.S.D.K., D.S.A.P., D.I.M.P.,
S.A.P., A.D.K., B.K.M., dan P.J.K.
|
|