Anda di sini:

Dato' Haji Azmi Bin Haji Ahmad

 
Klik pada gambar untuk melihat gambar lebih besar

Dato' Haji Azmi telah dilahirkan pada 7 April 1948 di Kubang Rotan, Alor Star Kedah. Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Kubang Rotan dan menyambung pengajian menengahnya di Makkah. Pada bulan Disember 1975, beliau telah memperolehi Ijazah Kedoktoran daripada Universiti Ain Sham, Kaherah.

Kerjaya

  • Doktor Pelatih di Hospital Kuala Lumpur (1976)
  • Pegawai Perubatan di Hospital Alor Star (1977)
  • Ketua Hospital dan Pegawai Kesihatan Daerah Baling (1978-1982)
  • Dipinjamkan kepada Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebagai Pengarah Kesihatan (1985-1988)
  • Pengarah Kesihatan Lembaga Urusah dan Tabung Haji (Tetap) (Disember 1988 - Ogos 1995)
  • Penolong Pengurus Besar (Kebajikan dan Kesihatan) di Lembaga Urusan dan Tabung Haji (September 1995 - 30 September 1996)
  • Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Urusan dan Tabung Haji (1 Oktober 1996 - kini)

Penglibatan Di Dalam Tabung Haji

  • Ketua Rombongan Perubatan Malaysia ke Tanah Suci selama 12 musim haji.
  • Ketua Rombongan Kebajikan Haji selama 2 musim haji (1995 - 1996)
  • Ketua Rombongan Haji Malaysia (1997 - kini)

Penglibatan Sosial dan Profesional

  • Timbalan Pengerusi PERKIM Daerah Baling (1978 - 1982)
  • Timbalan Pengerusi Persatuan Khairat Kematian LUTH (1083-1986)
  • AJK Persatuan Anak-anak Yatim Wilayah Persekutuan (1988 - 1990)
  • Pengerusi Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. (1988 - 1998)
  • Tenaga pengajar utama kursus haji di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak dan di beberapa buah masjid di Wilayah Persekutuan.
  • Ahli Lembaga Pengarah Pusat Pungutan Zakat Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Beliau juga telah dipilih sebagai Pentadbir Islam Terbaik sempena Ma'al Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1991. Sebagai mengenang jasa dan bakti yang telah dicurahkan, Dato' Haji Azmi telah dikurniakan B.C.K. dari DYMM Sultan Kedah (20 Januari 1982), K.M.N. dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (8 Jun 1985), A.M.K. dari DYMM Sultan Kedah (19 Januari 1992), D.S.D.K. dari DYMM Sultan Kedah (15 Februari 1988), J.S.M. dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (2000) dan yang terkini ialah Anugerah Tertinggi Urusan Haji dari Kerajaan Arab Saudi (Februari 2003).


 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.