Anda di sini:


Dato' Wira Hj. Hashim Bin Mat Noor

 

[Klik untuk melihat gambar besar]

Dato' Wira Hj Hashim B. Mat Noor telah dilahirkan pada 20 April 1947 di Batu 9 ¼, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Buluh Lima pada tahun 1955 sehingga tahun 1959. Beliau kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Simpang Empat sebelum ke Kolej Sultan Abdul Hamid dari tahun 1960 hingga tahun 1962. Pada tahun 1963, Dato' Wira Hj Hashim meneruskan pengajiannya di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Jitra.

Pada tahun 1964, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur hingga tahun 1967. Seterusnya pada tahun 1968, Dato' Wira Hj Hashim telah memasuki Universti Malaya dan memperolehi Ijazah pada tahun 1971. Pada tahun 1978, beliau telah menyambung pengajiannya di University of Wisconsin, Amerika Syarikat dan tamat setahun kemudiannya. Seterusnya, Dato' Wira Hj Hashim meneruskan pengajiannya di American University, Washington D.C di Amerika Syarikat pada tahun 1988 dan tamat pada tahun 1989.

Kerjaya :

  • Penolong Pegawai Daerah Langkawi
  • Penolong Pegawai Daerah Baling
  • Penolong Pegawai Daerah Bandar Baharu
  • Penolong Pegawai Daerah Kuala Muda
  • Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
  • Pemungut Hasil Tanah Kubang Pasu
  • Pemungut Hasil Tanah Baling
  • Penolong Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
  • Pegawai Daerah Daerah Padang Terap
  • Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan)
  • Pemangku Pegawai Daerah Yan
  • Pemangku Pegawai Daerah Baling
  • Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah
  • Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (2003)

Dato' Wira Hj Hashim juga turut menyumbangkan beberapa hasil penulisan beliau menerusi beberapa artikel. Antaranya ialah artikel berkenaan Perhubungan Kewangan Antara Kerajaan-kerajaan Negeri Dengan Kerajaan Persekutuan di Malaysia, Perbandingan Tatacara Pengambilan Tanah Untuk Projek-projek Pembangunan di Malaysia dan Wisconsin, Amerika Syarikat, dan Peranan Pertubuhan Peladang di Malaysia.

Bagi mengenang jasa baktinya terhadap kerajaan, Dato' Wira Hj Hashim b. Mat Noor telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K.), Setia Diraja Kedah (S.D.K.), Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) dan Darjah Kebesaran Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K) oleh KDYMM Sultan Kedah. Beliau turut dianugerahkan Hubert Humphery Fellowship di Amerika Syarikat pada tahun 1989.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.