| |
Datuk
Dr. Mashitah binti Haji Ibrahim
dilahirkan
di Kedah. Mendapat
pendidikan awal di Sekolah Rendah
Sultanah Asma,
Alor Star dan Sekolah
Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya
Junaid, Padang
Lumat, Kedah. Beliau
kemudiannya menyambung pelajaran di
Maktab Mahmud,
Alor Star dan seterusnya
memperolehi Ijazah dari Universiti
Al-Azhar,
Kaherah, Mesir pada tahun
1987. Dalam tahun yang sama juga,
beliau
meneruskan pengajian
Doktor Falsafah dalam bidang Syariah
Islamiyyah
pengkhususan Tafsir dan
Hadis di Darul Ulum, Universiti
Kaherah, Mesir.
Seterusnya beliau melengkapkan
pengajian di
peringkat sarjana di
Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)
dalam bidang
'Revealed Knowledge and
Heritage' pada tahun
1992. Datuk Dr.
Mashitah merupakan pelajar wanita
Malaysia pertama
memperolehi Ijazah
Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf
Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia)
dari salah sebuah universiti terkenal
di
Mesir, iaitu Universiti
Kaherah pada tahun 1997.
Kerjaya :
- Penceramah /
Pendakwah
- Panel program
motivasi dan kekeluargaan Islam Media
Cetak dan
Elektronik
- Kini beliau
merupakan tenaga pengajar di
Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)
sebagai Penolong Profesor di Jabatan
Quran dan
Sunah Kuliyyah Wahyu
dan Sains Kemanusiaan.
Penglibatan Dato’ Dr. Mashitah dalam dakwah bukanlah baru, beliau telah dilatih ibu bapanya sejak berusia 13 tahun lagi. Pada peringkat awal, beliau giat berceramah sekitar Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) sahaja. Kemudian memulakan program motivasi keluarga yang menggabungkan unsur kaunseling, motivasi dan kekeluargaan yang bersifat universal. Kemunculannya di radio Malaysia KL mendapat sambutan dan dari situlah beliau mengembangkan siri dakwahnya melalui program Adikku Sayang, Al Kuliyyah dan Forum Ehwal Islam.
Pada 27/03/2004 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah pada 31 Mac 2004. Seterusnya, pada 14/02/2006 beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri. Beliau berjaya mengekalkan kedudukan walaupun selepas rombakan kecil kabinet. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang.
-
Seorang ahli perniagaan wanita yang gigih dengan mengusahakan butik pakaian bercirikan Islam, di Gombak, Selangor.
Penglibatan Politik
- Ahli Parlimen Baling, Kedah
Pingat / Kebesaran
Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, pada 23/10/2000, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seterusnya pada 22/01/2006 beliau telah dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

|
|