Anda di sini:

Dato' Syeikh Yahaya Bin Syeikh Yusof

 
 

Dato' Syeikh Yahaya Bin Syeikh Yusof telah dilahirkan pada 14 Februari 1948 di Kampung Bukit Raya, Pendang, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kampung Bukit Raya Dalam, Pendang pada tahun 1954 hingga tahun 1962. Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama Batu Menunggol, Pendang sehingga tahun 1966. Beliau kemudiannya memasuki Kelas Khas di Maktab Mahmud selama dua tahun. Pada tahun 1969, beliau menyambung pengajiannya di Sekolah Agama Nahdatul Hasanah, Melele dan menuntut di sekolah tersebut selama dua tahun.

Seterusnya, beliau telah ditawar melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1971. Beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1976 di universiti tersebut dengan memperolehi Ijazah B.A. Kecintaan terhadap ilmu telah mendorong beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1988 dan memperolehi Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman.

Kerjaya

  • Dilantik menjadi kadi (1 Mac 1979)
  • Kadi Daerah Pendang (1 Jun 1979)
  • Kadi Daerah Bandar Baharu (1 April 1982)
  • Pendaftar Mahkamah Syariah (15 Julai 1984 - 14 Julai 1987)
  • Kadi Daerah Kota Setar (15 Julai 1987 - 30 Jun 1988)
  • Pendaftar Mahkamah Syariah (1 Julai 1988)
  • Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (2 Ogos 1989)
  • Timbalan Kadi Besar Kedah Utara (1990)
  • Ketua Penerangan dan Dakwah Negeri Kedah (16 Oktober 1995)
  • Yang DiPertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), (3 Mac 1998 hingga kini)

Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya kepada negeri Kedah, beliau telah dianugerahkan Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1991 dan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) pada tahun 1997.


 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.