|
Dato' Paduka Syeikh Hasbullah bin Hj Abd Halim
telah dilahirkan pada 28 Julai 1941 di Langkawi, Kedah. Beliau telah
memulakan persekolahan di Sekolah Melayu sehingga darjah 5. Pada
tahun 1959, beliau menyambung pelajarannya ke Maktab Mahmud hingga
tahun 1963.
Selepas menamatkan pengajian di Maktab Mahmud,
Dato' Paduka Syeikh Hasbullah telah berangkat ke Mesir pada tahun
1963 dan menyambung pengajiannya ke Universiti Al - Azhar dan memperolehi
Ijazah di dalam bidang Syariah pada tahun 1969. Pada tahun 1986,
Dato' Syeikh Hasbullah telah menyambung kembali pengajiannya di
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan memperolehi Diploma Kehakiman
dan Pentadbiran Syariah.
Kerjaya
- Kadi di Daerah Kota Setar
- Kadi Daerah Yan
- Kadi Daerah Sik
- Kadi Daerah Kuala Muda
- Pegawai Pendakwa (3 tahun)
- Timbalan Kadi Besar Kedah Selatan (3 tahun)
- Setiausaha Baitulmal Kedah (5 tahun)
- Timbalan Kadi Besar Kedah Tengah (6 bulan)
- Kadi Besar
- Ketua Hakim Syariah
- Mufti Negeri Kedah Darul Aman (1 Julai 2002 - kini)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah
- Ahli Jawatankuasa Maahad Dini.
Bagi mengenang jasa dan bakti beliau, Dato'
Syeikh Hasbullah telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kedah
(B.C.K.) pada tahun 1985, pingat Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada
tahun 1992, pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) yang membawa
gelaran Dato' pada tahun 1996, dan Darjah Seri Setia Sultan Abdul
Halim Mu'adzam Shah (DHMS)
|