Anda di sini:

Dato' Syeikh Abd. Halim Bin Dato' Haji Abd. Rahman

 

Dato' Syeikh Abd. Halim telah dilahirkan pada 3 Mac 1941 di Kampung Batu Hampar, Merbok, Kedah. Beliau telah ditawarkan mendalami pengajian agamanya di Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun 1963 dan memperolehi Ijazah Al-'Alamiah pada tahun 1967. Pada tahun 1985, beliau telah menyambung pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa. Dua tahun kemudian beliau telah memperolehi Diploma Undang-undang Islam di universiti tersebut.

Kerjaya

  • Kadi Daerah Yan
  • Kadi Daerah Langkawi
  • Kadi Daerah Bandar Baharu
  • Kadi Daerah Kulim
  • Kadi Litar Daerah Selatan
  • Kadi Daerah Kota Setar
  • Timbalan Kadi Besar
  • Kadi Besar

Minatnya terhadap bidang penulisan telah mendorong beliau untuk menyumbangkan idea-idea bernas melalui khutbah-khutbah Jumaat, artikel-artikel, kertas-kertas kerja khusus kepada pegawai-pegawai agama dan beberapa esei karangan beliau. Beliau juga turut melahirkan beberapa karya yang dimuatkan ke dalam majalah Suara yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.), Setia DiRaja Kedah (S.D.K.) pada tahun 1986, Bintang Perkhidmatan Lama Kedah (B.P.L.) pada tahun 1987 dan Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) pada tahun 1990.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.