| |
Dato' Ibrahim Hussein dilahirkan pada 13 Mac 1936
di Sungai Limau, Yan, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah
Melayu di Yan. Selepas daripada itu, Dato' Ibrahim Hussein menyambung
pelajarannya di Nanyang Academy of Art di Singapura. Dalam masa yang
sama, beliau menerima biasiswa untuk menyambung pelajaran di England
dan memasuki Byam Shaw School of Drawing and Printing, London dari
tahun 1959 hingga tahun 1963. Pada 1963, beliau meneruskan pengajiannya
di Royal Academy Schools, London selama 3 tahun. Pada sekitar tahun
1973 memulakan kerjayanya sebagai residen artis di Universiti Malaya.
Nama Dato' Ibrahim Hussein sudah sinonim dengan
senilukis moden Malaysia. Beliau tidak merasakan pembabitan dua
saudaranya di dalam bidang seni (penulisan) iaitu Dato' Abdullah
Hussein dan Tan Sri Ismail Hussien mempengaruhinya. Beliau telah
mengabdikan diri hampir 40 tahun di dalam bidang ini.
Pameran :
- Pameran solo yang pertama di John Whibley
Gallery, London (1963)
- Pameran kedua di Gallerie Internationale,
New York (1965)
- Pameran di Galeri Seni Takashima, Tokyo (1989)
- Pameran di Galeri Seni Takashima, Osaka (1989)
- Pameran di Museo National de Bellas Artes,
Santiago, Chile (1991)
- Pameran di Forum Ekonomi Sedunia di Switzerland
(1994)
 |

Beliau sering mengadakan pameran
solo di serata dunia seperti di Switzerland, Chile dan Jepun.
|
Kini, Dato' Ibrahim Hussein mempunyai galeri sendiri
yang dinamakan Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein (IHMCF)
terletak di Pulau Langkawi. Galeri ini telah berjaya menganjurkan
Festival Seni Antarabangsa Langkawi.
Bagi mengiktirafkan kecemerlangan beliau di
peringkat negara dan antarabangsa, Dato' Ibrahim Hussein telah dianugerahkan
'Crystal Award World Economic Forum', Switzerland pada 1997,
Darjah Kebesaran Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) pada tahun 1996
yang membawa gelaran Dato' , 'Order of Bernado O' Hinggings,
Chile' pada tahun 1995, Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak pada
tahun 1991 dan 'Order of Andres Bello Venezuela' pada tahun
1993. 
|
|