|
Omar Rojik atau nama sebenarnya Omar bin Ali,
berasal dari Kedah. Beliau dilahirkan pada 23 November 1925 di Seberang
Perak, Alor Star dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
dan Sekolah Inggeris sehingga darjah tiga.
Ketika di sekolah, beliau pandai bermain alat
muzik iaitu dengan cara menghafal sajak di samping gemar membaca
novel dari Indonesia. Tamat saja persekolahan beliau telah mula
bekerja di sebuah bengkel PWD, memasuki angkatan belia dan berkerja
memperbaiki enjin kapal terbang semasa pendudukan Jepun. Di samping
itu, beliau juga pernah terlibat dengan parti politik di bawah pimpinan
Ahmad Boestamam. Untuk mendapatkan pekerjaan tetap, beliau telah
berhijrah ke Singapura di mana ketika berada di situlah beliau bertemu
dengan R. Azmi yang telah mendapatkannya pekerjaan sebagai buruh
kasar di Syarikat Malay Film Productions (MFP). Dari situlah beliau
mula mengenal dunia filem tempatan. Beliau merupakan anak Melayu
yang diberi peluang mengarah di Syarikat MFP.
Pembabitan beliau dalam bidang lakonan bermula
apabila beliau telah diberi tugas memegang beberapa peranan kecil
hinggalah ke peranan yang agak besar.
Pengalaman :
- Berlakon sebagai askar Jepun dalam filem "Sarjan Hassan" (1955)
- Berlakon filem bertajuk "Manusia" di samping "Kasma Booty" (1957)
- Mengarah filem "Sumpah Wanita", (1960)
- Mengarah filem "Pertarungan" (1960)
- Mengarah filem "Panji Semerang" (1961)
- Mengarah filem "Kasih Tanpa Sayang" (1962)
- Mengarah filem "Pilih Menantu" (1963)
- Mengarah filem "Siapa Besar" (1963)
- Mengarah filem "Sayang Si Buta" (1965)
- Mengarah filem "Takdir" (1965)
- Mengarah filem "Dahaga" (1966)
- Mengarah filem "Aksi Kucing" (1966)
- Mengarah filem "A Go Go '67" (1967)
|