Anda di sini:

YB Dato' Chor Chee Heung

 

YB Dato' Chor Chee Heung dilahirkan pada 15 Mac 1953 di Alor Star. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa, Sik. Kemudian bertukar ke St. Xavier's Institution Pulau Pinang sehingga darjah tiga. Selepas itu, beliau telah berpindah ke Sekolah Rendah Iskandar, Alor Star sehingga tamat darjah enam. YB Dato' Chor Chee Heung meneruskan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star sehingga tamat tingkatan lima dan memasuki tingkatan enam di sebuah Kolej di Singapura. Beliau mempunyai minat untuk menjadi seorang peguam, oleh itu pada tahun 1978 beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, London. Pada tahun 1979 hingga 1980, beliau meneruskan pengajiannya diperingkat sarjana di dalam jurusan Perundangan Perdagangan (Master Degree In Business Law) di City University, London.

Kerjaya :

  • Peguam dengan membuka syarikat guamannya sendiri di Alor Star
  • Ahli Majlis Perbandaran Kota Setar mewakili Dewan Perniagaan Tionghua Negeri Kedah (1985 -1990)
  • Bendahari Bahagian Alor Star(1987)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan (Mei 1995)
  • Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri (1999)

Pembabitan beliau yang aktif dalam kegiatan berpersatuan dan kerjaya guaman banyak membantu YB Dato' Chor Chee Heung untuk meneruskan khidmat bakti dalam bidang politik yang menjadi kecenderungannya. Beliau mula berjinak-jinak dengan parti MCA di atas galakan daripada rakan-rakan politik dalam MCA.

Penglibatan Politik :

  • Ketua MCA cawangan Alor Star (1985)
  • Ketua MCA bahagian Alor Star (1993)
  • Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum mewakili kawasan Parlimen Alor Star (1990 dan 1995)

Sebagai seorang wakil rakyat, YB Dato' Chor Chee Heung memainkan peranan untuk menjalankan usaha-usaha menyalur peruntukan bagi mewarnai corak hidup rakyat ke arah yang lebih mantap dari segi ekonomi serta sosial di samping tidak melupai tanggungjawab menyatupadukan semua kaum.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya YB Dato' Chor Chee Heung dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran oleh Kerajaan Negeri iaitu A.M.K., J.P., dan D.S.D.K. yang membawa gelaran Dato'.

 
   
TUTUP TETINGKAP
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.